BERITA TERKINI   Mahasiswa tidak wajar dijadikan alat atau mangsa propaganda politik - Zambry | Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026: Jaguh lompat jauh para Datuk Abdul Latif Romly sumbang emas ketiga Malaysia menerusi kategori T20 lelaki | Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026: Jaguh powerlifting para Bonnie Bunyau Gustin sumbang emas kedua Malaysia menerusi kategori bawah 72 kg lelaki | ASEAN perlu bersatu lindungi kanak-kanak daripada ancaman dalam talian yang semakin meningkat - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Di Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Selasa, menjejaki penurunan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS). 

Pada penutup dagangam, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$4,124.90 setiap auns troy berbanding US$4,173.30 pada Isnin dan kontrak November 2026 berkurang kepada US$4,141.50 daripada US$4,190.10.

Sementara itu, kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 semuanya merosot kepada US$4,157.50 setiap auns troy berbanding US$4,206.50 sebelumnya. 

Ad Banner

Jumlah dagangan mengukuh kepada 101 lot daripada 94 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka meningkat sedikit kepada 178 kontrak daripada 176. 

Harga emas fizikal berada pada US$4,147.80 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 19 Oktober 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner