BERITA TERKINI   Insentif RM700 seorang kepada pengamal media swasta berdaftar dengan enam persatuan media di Sarawak - Premier | Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada penjawat awam negeri, RM700 untuk penjawat awam Persekutuan berkhidmat di Sarawak - Premier | Indonesia cadang kerjasama dengan Malaysia, iktiraf warisan Melayu termasuk tulisan Jawi di peringkat antarabangsa - Fahmi | Malaysia cadang penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tinggi Malaysia-Indonesia, perkukuh kerjasama industri dan ekonomi kreatif - Fahmi | PM Anwar larang penjawat awam guna Waze, rakyat disaran beralih kepada aplikasi TuJu demi keselamatan data | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki niaga hadapan getah serantau yang kurang bermaya di tengah-tengah jangkaan penurunan kos bahan mentah di Thailand termasuk permintaan hiliran yang lemah, kata seorang peniaga.

Beliau berkata peningkatan berterusan dalam inventori di Qingdao, China dan kadar pengeluaran tayar di bawah paras normal serta kekurangan minat belian daripada pengilang telah menjejaskan harga.

Ad Banner

"Jangkaan kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) pada Disember menambah ketidaktentuan pasaran," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata harga bahan mentah di Thailand mungkin menurun pada Oktober, yang berpotensi mengurangkan sokongan kos untuk getah asli.

“Sementara itu, pengeluaran tayar China dijangka kekal di bawah paras tahun-tahun sebelumnya, manakala pengeluar terus mengurangkan inventori produk siap, mencerminkan permintaan yang lemah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Kilang huluan China telah mengurangkan pembelian bahan mentah pada harga tinggi, manakala pengeluar hiliran mengekalkan inventori bahan yang rendah, mencerminkan kejatuhan dalam permintaan," katanya.

Beliau menambah bahawa Fed AS dijangka mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada Oktober tetapi meneruskan kenaikan kadar pada Disember, yang mungkin akan menguatkan dolar US dan memberi tekanan ke atas sentimen pasaran komoditi.

Pada 3 petang, harga SMR 20 Lembaga Getah Malaysia susut 10 sen kepada 1,037 sen sekilogram, manakala lateks pukal jatuh lima sen kepada 791.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA