BERITA TERKINI   Seramai 24 individu telah dirakam percakapan bagi bantu siasatan kes murid serang guru - Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak | 

RedPlanet Catat Prestasi Baik Pada Hari Pertama Penyenaraian Di Pasaran ACE, Dibuka Pada 27 Sen

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk perusahaan, RedPlanet Bhd mencatatkan prestasi memberangsangkan pada hari pertama penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini selepas berpindah daripada Pasaran LEAP.

Ia dibuka pada 27 sen sesaham, iaitu premium lapan sen atau 42.11 peratus melebihi harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 19 sen sesaham.

Sebanyak 5.37 juta saham diniagakan pada sesi pembukaan.

Ad Banner

Pada sidang media secara maya yang diadakan selepas pemindahannya, Pengarah Urusan Lian Wah Seng berkata: “Harga pembukaan saham kami adalah 40 peratus lebih tinggi daripada harga IPO. Kami amat berbesar hati dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan.”

IPO syarikat itu mencatatkan lebihan langganan sebanyak 85.28 kali. Ia mengkhusus dalam penyelesaian geospatial dan sistem rel pintar.

Mengenai potensi peluang dalam projek infrastruktur rel, Lian berkata syarikat sentiasa berbincang mengenai laluan transit rel ringan (LRT), termasuk Penang Mutiara Line.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Syarikat itu menyasarkan pertumbuhan tahunan antara 10 dan 20 peratus tetapi tidak menyatakan sama ada beliau merujuk kepada pendapatan, keuntungan bersih atau kedua-duanya.

RedPlanet telah disenaraikan di Pasaran LEAP pada Ogos 2020.

UOB Kay Hian ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin dan ejen penempatan untuk IPO tersebut.

-- BERNAMA