Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Lemah Di Pasaran Tunai
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.
Pada penutup dagangan kontrak Oktober 2026 dan Mac 2027 susut 5.5 mata masing-masing kepada 1,602.0 dan 1,592.5, kontrak November 2026 turun 6.0 mata kepada 1,603.5 manakala kontrak Disember 2026 berkurangan 7.5 mata kepada 1,607.5.
Jumlah dagangan melonjak kepada 17,964 lot daripada 6,616 lot pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 55,324 kontrak daripada 44,683 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 7.20 mata kepada 1,604.36 daripada paras 1,611.56 pada Jumaat minggu lepas.
-- BERNAMA