BERITA TERKINI   Sepasang suami isteri warga Malaysia ditahan di CIQ - BSI bersama wang tunai hampir RM3 juta yang tidak diisytiharkan - AKPS | Urusan perkhidmatan Ketua Pengarah AKPS Mohd Shuhaily masih dalam proses untuk dimuktamadkan – KDN | Pegawai kanan polis dipenjara 7 tahun 6 bulan kerana menyebabkan kematian pelajar, bayar pampasan RM50,000 kepada bapa mangsa – Mahkamah Tinggi Ipoh | Parlimen: Sebanyak 56,304 kandungan mudarat dan palsu diturunkan bagi tempoh Jan 2023 hingga 15 Okt tahun ini - Teo Nie Ching | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Untuk Hari Dagangan Kelapan

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi and Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari dagangan kelapan berturut-turut hari ini, mencerminkan momentum mata wang tempatan yang positif secara berterusan pada awal dagangan.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0855/0915 berbanding dolar AS daripada 4.0865/0900 semasa ditutup pada Selasa.

Ad Banner
Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata optimisme dalam pasaran kewangan yang didorong oleh tumpuan pelabur terhadap kecerdasan buatan (AI) terus mendominasi pasaran ekuiti global, sekali gus memberikan sokongan kepada mata wang Malaysia.

Sementara itu, katanya Rizab Persekutuan (Fed) AS dijangka mengekalkan kadar dana persekutuan pada paras antara 3.75 peratus dan 4.0 peratus.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka terus diniagakan dalam jajaran kecil berikutan peniaga meneliti perkembangan luaran bagi menentukan hala tuju dagangan mereka.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ringgit dijangka berada antara RM4.07 dan RM4.08 berbanding dolar AS hari ini,” katanya kepada Bernama.

Mata wang tempatan turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit mengukuh berbanding pound kepada 5.4362/4441 daripada 5.4412/4458 semasa ditutup pada Selasa, meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5858/5897 daripada 2.5903/5927 dan naik berbanding euro kepada 4.5459/5526 daripada 4.5524/5563.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1881/1932 daripada 3.1883/1913 semasa ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.0884/1115 daripada 12.1010/1160 sebelum ini.

Ringgit hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 225.0/225.4 daripada 225.0/225.3 dan peso Filipina kepada 6.36/6.38 daripada 6.36/6.37 sebelum ini.

-- BERNAMA