BERITA TERKINI   Pemeteraian CSA Kerajaan MADANI dengan Bersatu dan pembangkang jadi landasan perkukuh kestabilan politik, agenda pembangunan negara - Anwar | Laporan kaitkan JCorp dengan kebakaran hutan di Indonesia tidak berasas, palsu - MB Johor | Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan (Belanjawan) 2027 di peringkat dasar | KKM buka permohonan fasa pertama pelantikan khas tetap 750 kekosongan Pegawai Perubatan Gred UD10 di Sabah, Sarawak pada 9-15 Nov | PRN Melaka: BN setuju beri MCA satu lagi kerusi untuk ditandingi, iaitu DUN Bandar Hilir - Wee Ka Siong | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) --  Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki kerugian dalam niaga hadapan getah serantau dan penurunan harga minyak mentah, menurut seorang peniaga.

Sentimen dilemahkan lagi oleh keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah dan peningkatan bermusim dalam bekalan getah dari Thailand.

Ad Banner
Ad Banner

“Harga minyak jatuh selepas adanya harapan untuk rundingan damai telah meredakan kebimbangan mengenai gangguan bekalan di Asia Barat, walaupun konflik serantau semakin meruncing.

“Niaga hadapan getah Jepun merosot apabila harga minyak yang lebih rendah telah melemahkan sokongan kos, manakala peningkatan bermusim dalam bekalan bahan mentah dari Thailand menambah tekanan ke bawah lagi,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, peniaga itu berkata harapan untuk rundingan damai di Asia Barat, prospek positif bagi pertumbuhan ekonomi AS dan ramalan Bank Dunia mengenai harga komoditi global yang lebih tinggi membantu mengehadkan kerugian selanjutnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga SMR 20 turun 31.50 sen kepada 998.50 sen sekilogram, manakala lateks getah pukal susut 10 sen kepada 694.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA