BERITA TERKINI   ACL2: Gangwon FC 1-0 Kuching City FC | MY EG turut dikenakan tindakan saman sivil oleh kerajaan Malaysia berhubung perkara ini - Zetrix AI | MY EG Sdn Bhd terima taksiran cukai pendapatan tambahan daripada LHDN berjumlah RM353.13 juta, termasuk penalti, bagi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023 - Zetrix AI | Pemeteraian CSA Kerajaan MADANI dengan Bersatu dan pembangkang jadi landasan perkukuh kestabilan politik, agenda pembangunan negara - Anwar | Laporan kaitkan JCorp dengan kebakaran hutan di Indonesia tidak berasas, palsu - MB Johor | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan selama dua hari berturut-turut apabila ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan pasaran serantau berikutan tekanan jualan berterusan terhadap saham mewah yang menjejaskan sentimen pasaran.

 Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 2.71 mata atau 0.17 peratus kepada 1,611.16 daripada 1,613.87 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.57 mata kepada 1,614.44 dan bergerak antara 1,608.25 dan 1,625.46 pada sesi dagangan.

Ad Banner
Ad Banner

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 574 berbanding 443 manakala 559 kaunter tidak berubah, 1,301 tidak diniagakan dan 161 yang lain digantung.

Jumlah dagangan menurun kepada 2.95 bilion unit bernilai RM2.43 bilion daripada 3.16 bilion unit bernilai RM2.28 bilion pada Rabu.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi Negara IPPFA Mohd Sedek Jantan berkata pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia untuk sesi kedua berturut-turut, menjadi potensi petunjuk kepada sentimen yang lebih baik.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, katanya masih terlalu awal untuk menentukan perubahan aliran dana asing secara berterusan memandangkan aliran masuk dana baru-baru ini mungkin menunjukkan bahawa pelabur mula membeli saham permodalan besar yang dinilai rendah secara terpilih.

“Ini berpotensi memberi manfaat kepada syarikat yang mempunyai profil pendapatan lebih berdaya tahan dalam sektor teknologi berdepan turun naik yang ketara.

“Persoalan utama ialah sama ada minat belian baharu ini berterusan atau hanya peralihan jangka pendek sementara pelabur menunggu gambaran yang lebih jelas mengenai pendapatan global dan risiko geopolitik,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB menurun 22 sen kepada RM6.89, Petronas Chemicals merosot 15 sen kepada RM4.57, Nestle berkurangan RM2.08 kepada RM95.90, MISC menyusut sembilan sen kepada RM8.20 dan Sunway Bhd menurun lima sen kepada RM4.30. 

Dalam dagangan aktif, Zetrix AI dan Nexgram, masing-masing berkurangan setengah sen kepada lapan sen dan lima sen, Ni Hsin merosot 13 sen kepada 37 sen, GIIB Holdings menurun 17 sen kepada 54 sen manakala Top Glove meningkat dua sen kepada 99 sen. 

Allianz Malaysia mendahului senarai kaunter paling untung, menambah 40 sen kepada RM19.64, Batu Kawan naik 20 sen kepada RM19.50, TMK Chemical melonjak 18 sen kepada RM3.15, Kee Ming dan Kobay Technology, masing-masing meningkat 13 sen kepada RM2.90 dan RM2.40.

Kaunter paling rugi ialah Mega Fortris menurun 71 sen kepada RM2.74, Malaysian Pacific Industries merosot 64 sen kepada RM41.50, United Plantations berkurangan 32 sen kepada RM29.00 dan Kelington menyusut 12 sen kepada RM8.56. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menurun 11.38 mata kepada 12,055.89, Indeks FBM Top 100 berkurangan 8.32 mata kepada 11,850.96, Indeks FBM ACE merosot 34.76 mata kepada 5,447.16.

Indeks FBM Emas Shariah meningkat 3.14 mata kepada 12,084.28 dan Indeks FBM Mid 70 menambah 36.10 mata kepada 17,484.12.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 1.64 mata kepada 177.39, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 41.30 mata kepada 18,537.94, Indeks Tenaga berkurangan 2.01 mata kepada 844.36 dan Indeks Perladangan menyusut 9.93 mata kepada 8,636.90. 

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.57 bilion unit bernilai RM2.16 bilion daripada 1.69 bilion unit bernilai RM1.99 bilion pada Rabu.     

Jumlah dagangan waran merosot kepada 967.96 juta unit bernilai RM122.01 juta daripada 1.07 bilion unit bernilai RM137.84 juta sebelum ini.  

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 408.81 juta unit bernilai RM154.11 juta daripada 405.80 juta unit bernilai RM160.63 juta semalam.

Kaunter barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 255.83 juta saham diniagakan di Pasaran Utamat, produk perindustrian dan perkhidmatan (279.73 juta), pembinaan (110.64 juta), teknologi (363.15 juta), perkhidmatan kewangan (80.71 juta), hartanah (103.61 juta), perladangan (31.71 juta), amanah pelaburan hartanah (11.26 juta), dana tertutup (17,000), tenaga (93.08 juta), penjagaan kesihatan (131.35 juta), telekomunikasi dan media (27.29 juta), pengangkutan dan logistik (44.50 juta), utiliti (35.64 juta) dan amanah perniagaan (574,500).

-- BERNAMA