BERITA TERKINI   ACL2: Gangwon FC 1-0 Kuching City FC | MY EG turut dikenakan tindakan saman sivil oleh kerajaan Malaysia berhubung perkara ini - Zetrix AI | MY EG Sdn Bhd terima taksiran cukai pendapatan tambahan daripada LHDN berjumlah RM353.13 juta, termasuk penalti, bagi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023 - Zetrix AI | Pemeteraian CSA Kerajaan MADANI dengan Bersatu dan pembangkang jadi landasan perkukuh kestabilan politik, agenda pembangunan negara - Anwar | Laporan kaitkan JCorp dengan kebakaran hutan di Indonesia tidak berasas, palsu - MB Johor | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Menjejaki Kerugian Di COMEX

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian di Bursa Komoditi AS (COMEX).

Pada penutup, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$4,024.9 setiap auns troy daripada US$4,052.1 yang disaksikan pada hari Rabu, manakala November 2026 merosot kepada US$4,040.5 daripada US$40.067.8 sebelumnya.

Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 jatuh kepada US$4,055.2 setiap auns troy daripada US$4,082.5.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 107 lot berbanding 52 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 168 kontrak daripada 122.

Berdasarkan penetapan tengah hari 28 Okt London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,042.0 setiap auns troy.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner