BERITA TERKINI   ACL2: Gangwon FC 1-0 Kuching City FC | MY EG turut dikenakan tindakan saman sivil oleh kerajaan Malaysia berhubung perkara ini - Zetrix AI | MY EG Sdn Bhd terima taksiran cukai pendapatan tambahan daripada LHDN berjumlah RM353.13 juta, termasuk penalti, bagi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023 - Zetrix AI | Pemeteraian CSA Kerajaan MADANI dengan Bersatu dan pembangkang jadi landasan perkukuh kestabilan politik, agenda pembangunan negara - Anwar | Laporan kaitkan JCorp dengan kebakaran hutan di Indonesia tidak berasas, palsu - MB Johor | 

PNB, Bernama Teroka Kerjasama Perkukuh Literasi Kewangan Rakyat

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) meneroka kerjasama dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) untuk memperluas usaha meningkatkan literasi kewangan masyarakat, khususnya dalam menggalakkan rakyat Malaysia menabung dan menyimpan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Datuk Rizal Rickman Ramli berkata kerjasama tersebut dilihat penting memandangkan Bernama mempunyai jaringan liputan berita yang meluas di seluruh Malaysia.

Ad Banner
Ad Banner

“Kita boleh bekerjasama (dengan Bernama) untuk mendekati komuniti di seluruh negara, khususnya golongan yang masih kurang memahami cara menyimpan dan menabung,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan di Wisma Bernama, di sini, hari ini.

Selain itu, Rizal Rickman berkata kerjasama dengan Bernama turut merangkumi penyebaran maklumat mengenai impak pelaburan PNB dalam syarikat tempatan dan luar negara.

“Kita boleh berkerjasama dengan Bernama untuk sebarkan maklumat, impak yang diberikan daripada syarikat kami dan pelaburan yang kami adakan (kepada syarikat dan khalayak ramai),” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Lawatan PNB ke Wisma Bernama hari ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam peranan agensi berita nasional itu serta meneroka potensi kerjasama bagi mengetengahkan agenda yang diterajui PNB.

Semasa lawatan tersebut delegasi PNB juga melawat beberapa jabatan termasuk Bernama Radio, Bernama TV dan Jabatan Pengarang.

Turut mengiringi lawatan itu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson dan Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak.

-- BERNAMA