BERITA TERKINI   ACL2: Gangwon FC 1-0 Kuching City FC | MY EG turut dikenakan tindakan saman sivil oleh kerajaan Malaysia berhubung perkara ini - Zetrix AI | MY EG Sdn Bhd terima taksiran cukai pendapatan tambahan daripada LHDN berjumlah RM353.13 juta, termasuk penalti, bagi tahun taksiran 2021, 2022 dan 2023 - Zetrix AI | Pemeteraian CSA Kerajaan MADANI dengan Bersatu dan pembangkang jadi landasan perkukuh kestabilan politik, agenda pembangunan negara - Anwar | Laporan kaitkan JCorp dengan kebakaran hutan di Indonesia tidak berasas, palsu - MB Johor | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Seiring Prestasi Lemah Di Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan kontrak Oktober 2026 turun 6.0 mata kepada 1,608.0, November 2026 susut 1.0 mata kepada 1,612.0, Disember 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,614.5 dan Mac 2027 merosot 2.0 mata kepada 1,600.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 21,850 lot daripada 62,406 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 62,964 kontrak daripada 107,497 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 2.71 mata kepada 1,611.16 daripada paras 1,613.87 pada Rabu.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner