Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Semasa Akhiri Dagangan Pagi, Atasi Prestasi Pasaran Serantau
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat selepas dibuka rendah, mengatasi prestasi pasaran serantau lain susulan aktiviti belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi sektor perladangan yang menyokong sentimen pasaran.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.15 mata atau 0.07 peratus kepada 1,612.31 berbanding 1,611.16 semasa ditutup pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran itu dibuka menokok 0.70 mata kepada 1,611.86 mata dan bergerak antara 1,606.72 hingga 1,612.99 mata sepanjang sesi dagangan pagi.
Bagaimanapun dalam pasaran secara keseluruhan, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 602 berbanding 313 manakala 436 kaunter tidak berubah, 1,429 kaunter tidak diniagakan dan 66 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.89 bilion unit bernilai RM1.08 bilion.
Di peringkat serantau, Indeks Nikkei 225 Jepun merosot 2.35 peratus kepada 63,141.38 mata, Indeks Straits Times Singapura susut 0.44 peratus kepada 5,372.28 mata, Indeks KOSPI Korea Selatan menurun 3.90 peratus kepada 5,705.88 mata manakala Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.64 peratus kepada 23,335.66 mata.
Menurut Apex Securities Bhd ketidaktentuan mengenai prestasi pendapatan korporat pada suku ketiga 2026 serta penentuan kedudukan portfolio menjelang peluasan FBM KLCI secara berperingkat daripada 30 kepada 50 syarikat konstituen dijangka menyebabkan aliran dagangan kekal tidak menentu.
“Sentimen pasaran turut terjejas disebabkan ketidaktentuan politik susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-13 serta Pilihan Raya Melaka pada 14 November.
“Kami menjangkakan FBM KLCI kekal dalam jajaran kecil dengan kecenderungan terpilih kepada saham defensif dalam masa terdekat berikutan pelabur menilai ketidaktentuan luaran dan domestik,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Kuala Lumpur Kepong meningkat 38 sen kepada RM20.90, SD Guthrie menokok enam sen kepada RM5.83, Public Bank naik satu sen kepada RM4.74 manakala Tenaga Nasional dan CIMB masing-masing tidak berubah pada RM13.30 dan RM6.89.
Bagi dagangan aktif, Zetrix AI susut 1.5 sen kepada 6.5 sen, JAKS Resources berkurangan setengah sen kepada 14.5 sen, GIIB Holdings merosot 18.5 sen kepada 35.5 sen, Ni Hsin menurun 14 sen kepada 23 sen manakala VS Industry rendah satu sen kepada 33 sen.
Kaunter paling untung ialah United Plantations yang meningkat 24 sen kepada RM29.24, Nestle naik 22 sen kepada RM96.12, APM Automotive Holdings menokok 21 sen to RM2.56 manakala Ayer Holdings naik 15 sen to RM7.90.
Kaunter paling rugi ialah Malaysian Pacific Industries yang menurun RM1.16 kepada RM40.34, Mega Fortris rendah 36 sen kepada RM2.38, Hong Leong Bank berkurangan 28 sen kepada RM21.12, UWC Bhd menyusut 25 sen kepada RM7.39 dan ViTrox berkurangan 22 sen kepada RM10.80.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 2.48 mata kepada 12,053.41 mata, Indeks FBM Mid 70 merosot 20.27 mata kepada 17,463.85 mata, Indeks FBM Emas Syariah turun 11.90 mata kepada 12,072.38 mata, Indeks FBM ACE berkurangan 48.36 mata kepada 5,398.80 mata manakala Indeks FBM Top 100 meningkat 2.66 mata kepada 11,853.62 mata.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 20.84 mata kepada 18,517.10, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 0.30 mata kepada 177.09, Indeks Tenaga meningkat 4.14 mata kepada 848.50 dan Indeks Perladangan naik 54.02 mata kepada 8,690.92.
-- BERNAMA