BERITA TERKINI   UEM Sunrise dan AME Elite Consortium bentuk usaha sama untuk bangun taman perindustrian bernilai RM4.0 bilion di Gerbang Nusajaya. | Liga Super: DPMM FC 3-1 Negeri Sembilan FC | Penjawat awam negeri Pulau Pinang akan terima BKK sebulan gaji, dibayar pada Disember ini - Ketua Menteri | Pulau Pinang bentang Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 billion - Chow | Inisiatif Dana Inovasi Media diteruskan melalui pelaksanaan Dana Inovasi Media 2.0, pastikan industri media terus diperkasa - Fahmi | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Seiring Pengukuhan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan dengan lebih tinggi pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran tunai yang kukuh.

Pada akhir sesi hari ini, kontrak bulan semasa Oktober 2026 melonjak 10.0 mata kepada 1,618.5, November 2026 naik 5.0 mata kepada 1,617.5, Disember 2026 meraih 5.5 mata kepada 1,620.0 manakala Mac 2027 menambah 5.0 mata kepada 1,605.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 10,295 lot daripada 21,850 lot semalam manakala kepentingan terbuka turun kepada 51,161 kontrak daripada 62,964 kontrak sebelum ini.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 5 petang, indeks penunjuk utama FBM KLCI meraih 4.44 mata kepada 1,615.60 daripada paras penutup 1,611.16, semalam.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner