Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX).
Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$3,981.1 setiap auns troy daripada US$4,024.9 setiap auns troy pada Khamis, manakala November 2026 turun kepada US$4,003.0 setiap auns troy daripada US$4,040.5 setiap auns troy sebelum ini.
Kontrak Disember 2026, Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing turun kepada US$4,017.9 setiap auns auns troy daripada US$4,055.2 setiap auns troy ketika ditutup pada Khamis.
Jumlah dagangan meningkat kepada 124 lot berbanding 107 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka susut kepada 65 kontrak daripada 168 kontrak sebelum ini.
Harga emas fizikal berada pada US$4,026.3 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 29 Oktober, 2026.
-- BERNAMA