Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.  

Pada 9.30 pagi, kontrak November 2026 menurun 4.5 mata kepada 1,613.0, Disember 2026 merosot 5.5 mata kepada 1,614.5, Mac 2027 berkurangan enam mata kepada 1,599.0 dan Jun 2027 dicatatkan pada 1,605.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,666 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,820 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

Selepas 58 minit dagangan, FBM KLCI menurun 4.62 mata kepada 1,610.98 daripada 1,615.60 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner