BERITA TERKINI   Polis tahan seorang lelaki, rampas ganja bernilai RM3.2 juta yang dipercayai cuba diseludup ke London menerusi LTAPP - Ketua Polis Pulau Pinang | Pasaran modal Malaysia berkembang kepada RM4.5 trilion daripada RM4.3 trilion tahun lepas – pengarah eksekutif SC | Pelabur China Tunjuk Potensi Pelaburan AS$15 Bilion di Malaysia dalam Enam Sektor – Ahmad Zahid | Bekalan makanan negara mencukupi sekurang-kurangnya enam bulan, tiada keperluan laksana langkah kecemasan - Ahmad Zahid | 

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Jabatan Audit Negara Ke-120, KWSP Ke-75

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran dua duit syiling peringatan edisi terhad bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Audit Negara ke-120 (JAN120) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP75).

Dalam satu kenyataan hari ini, bank pusat memaklumkan bahawa kedua-dua siri tersebut merangkumi perak sterling berwarna (pruf) dengan ketulenan 92.5 peratus, seberat 31 gram dan mempunyai nilai muka duit syiling berkenaan adalah RM10, dijual pada harga RM418.00 setiap satu, dengan jumlah pengeluaran terhad sebanyak 1,000 keping bagi setiap siri.

Kedua-dua siri ini turut ditawarkan sebagai syiling emas Nordic Brilliant Uncirculated (BU), diperbuat daripada kuprum dan logam lain, dengan berat 8.5 gram serta nilai muka RM1, pada harga RM16.50, dengan kuantiti tempaan sebanyak 5,000 keping.

Ad Banner
Ad Banner

“Set dua keping bagi kedua-dua siri mengandungi sekeping syiling perak sterling pruf berwarna dan satu keping syiling pruf emas Nordik, berharga RM451 setiap set. Jumlah tempaan adalah sebanyak 1,000 set,” menurut BNM.

BNM memaklumkan bahawa syiling peringatan ini dijual secara berasingan dan bagi memastikan peluang yang adil kepada orang ramai, had pembelian ditetapkan untuk setiap reka bentuk.

Setiap individu boleh membeli satu set mengandungi dua keping syiling, satu keping syiling perak sterling pruf dan sehingga lima keping syiling emas Nordik (BU).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Orang ramai dinasihatkan untuk membuat pesanan menerusi sistem dalam talian BNM dan bukan melalui mana-mana pihak lain.

“Pesanan boleh dibuat di duit.bnm.gov.my bermula pukul 2 petang, pada 2 November, 2026 hingga pukul 2 petang, pada 12 November, 2026,” menurut BNM.

-- BERNAMA