Indeks Utama Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham mewah terpilih berikutan sentimen serantau yang berhati-hati.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.53 mata kepada 1,620.13 daripada 1,615.60 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka rendah 2.39 mata kepada 1,613.21, bergerak antara 1,607.15 dan 1,623.33 pada sesi dagangan.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 723 berbanding 251 manakala 443 kaunter tidak berubah, 1,306 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 1.65 bilion unit bernilai RM1.01 bilion.
Malacca Securities Sdn Bhd memaklumkan FBM KLCI dijangka diniagakan berhati-hati susulan sentimen teknologi global yang lemah walaupun perkembangan korporat terbaharu dalam sektor telekomunikasi dan perladangan berpotensi menawarkan peluang pelaburan dalam saham terpilih.
Menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini, CelcomDigi Bhd berpotensi menarik minat pelabur selepas memperoleh penetapan spektrum daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi jalur 2,600MHz dan 900MHz pada 30 Oktober yang akan memperkukuh kapasiti dan liputan rangkaiannya walaupun penetapan itu melibatkan kos spektrum tambahan.
Sementara itu, Ta Ann Holdings Bhd turut berpotensi menarik minat pelabur susulan prestasi pengeluaran yang kukuh pada suku ketiga tahun kewangan 2026, dengan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) meningkat 23 peratus tahun ke tahun kepada 97,610 tan manakala pengeluaran tandan buah segar naik 30 peratus kepada 236,443 tan.
Apex Securities Bhd dalam nota penyelidikan memaklumkan sektor perladangan dijangka terus mendapat sokongan berikutan niaga hadapan MSM meningkat susulan kenaikan harga minyak mentah, memperkukuh prospek permintaan biodiesel walaupun paras inventori yang tinggi mengehadkan potensi kenaikan harga.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menurun tiga sen kepada RM9.99, Tenaga Nasional berkurangan empat sen kepada RM13.26 dan CIMB merosot satu sen kepada RM6.90 manakala Public Bank menambah empat sen kepada RM4.79 dan IHH Healthcare mendatar pada RM7.85.
Antara saham wajaran tinggi sektor telekomunikasi, CelcomDigi Bhd meningkat 10 sen kepada RM2.64, Axiata Group Bhd, Maxis Bhd dan Telekom Malaysia Bhd, masing-masing naik lima sen kepada RM1.69, RM3.61 dan RM7.98.
Dalam sektor perladangan, IOI Corporation Bhd menambah enam sen kepada RM4.50, SD Guthrie Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd, masing-masing meningkat empat sen kepada RM5.87 dan RM21.00.
Antara saham paling aktif, Zetrix AI menurun setengah sen kepada enam sen, GIIB Holdings naik 10 sen kepada 46 sen, Ni Hsin menokok tiga sen kepada 29 sen dan VS Industry meningkat setengah sen kepada 33.5 sen dan Nexgram mendatar pada enam sen.
Mega Fortris mendahului kaunter paling untung, melonjak 51 sen kepada RM2.73, MISC dan Petronas Dagangan, masing-masing naik 28 sen kepada RM8.53 dan RM19.78, Westports meningkat 19 sen kepada RM7.04 dan Seremban Engineering menokok 13 sen kepada 70 sen.
Kaunter paling rugi ialah MPI menurun 36 sen kepada RM39.42, Vitrox menyusut 38 sen kepada RM10.52, Dutch Lady berkurangan 60 sen kepada RM28.30, Batu Kawan merosot 30 sen kepada RM19.20 dan Mi Technovation menurun 20 sen kepada RM6.33.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 9.21 mata kepada 12,070.94 dan Indeks FBM Top 100 naik 12.65 mata kepada 11,876.52.
Indeks FBM Emas Shariah meningkat 16.78 mata kepada 12,099.69, Indeks FBM ACE menurun 64.40 mata kepada 5,339.51 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 67.71 mata kepada 17,352.97.
Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.52 mata kepada 178.89, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 26.10 mata kepada 18,574.10 dan Indeks Perladangan menambah 23.58 mata kepada 8,721.00 manakala Indeks Tenaga menurun 11.21 mata kepada 840.95.
-- BERNAMA