BERITA TERKINI   Unit Sunway Construction memperoleh pelbagai kontrak kerja bernilai RM920.8 juta daripada sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat | Google akan bina takungan air dan loji rawatan berkapasiti 65 juta liter sehari di Selangor - Anwar | Malaysia perlu memastikan manfaat AI tidak hanya menguntungkan golongan elit, manakala sebahagian besar masyarakat terus ketinggalan - Anwar | Google melabur US$15 bilion di Malaysia, menyokong pusat data dan infrastruktur, kata Presiden dan CIO | Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | 

Perancangan Sistem Bersepadu Penting Dalam Memenuhi Peningkatan Permintaan Elektrik - TNB

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) memaklumkan perancangan sistem yang bersepadu semakin penting susulan meningkatnya permintaan elektrik daripada pusat data dan industri bernilai tinggi.

Memandangkan permintaan elektrik terus meningkat, usaha mempercepat penggunaan tenaga boleh baharu (TBB) perlu seiring dengan persediaan sistem elektrik secara menyeluruh untuk menyokong peralihan itu, kata Ketua Pegawai Strategi dan Usaha Niaga TNB Ir Dr Mohd Fadzil Mohd Siam.

Beliau berkata perspektif TNB dalam mempercepat peralihan tenaga Malaysia menekankan pentingnya pendekatan yang menyeluruh dengan mengambil kira keseluruhan rantaian nilai elektrik.

Ad Banner
Ad Banner

Dalam hal ini, perkembangan yang menggalakkan dapat dilihat apabila 'peralihan tenaga Malaysia kini beralih daripada sekadar aspirasi kepada pelaksanaan', katanya dalam kenyataan yang mengandungi pandangan beliau pada acara 'The Edge-HSBC Renewable Energy Forum 2026' baru-baru ini.

“Menyelaraskan penjanaan elektrik dengan pembangunan rangkaian dan keperluan pelanggan pada masa hadapan akan membantu memastikan infrastruktur dapat disediakan apabila diperlukan,” katanya sambil menambah langkah itu juga akan membolehkan integrasi TBB yang lebih meluas.

Beliau turut memaklumkan perbelanjaan modal rangkaian TNB yang diluluskan berjumlah RM43 bilion di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (2025–2027) yang menyediakan asas untuk pemodenan grid dan ketersediaan sistem.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pelaburan berterusan dalam keupayaan rangkaian adalah penting memandangkan Malaysia kini menampung lebih banyak TBB dan permintaan elektrik yang sentiasa berubah, katanya.

“Peralihan tenaga yang bertanggungjawab juga memerlukan pengurusan yang teliti terhadap aset-aset penjanaan konvensional sedia ada,” jelasnya lagi.

Selain usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada arang batu secara berperingkat, meneroka teknologi yang dapat membantu mengurus pelepasan karbon juga penting bagi menjamin keselamatan bekalan tenaga dan memastikan kos tenaga kekal mampu milik, tambah Mohd Fadzil.

Memandangkan Malaysia sedang memajukan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), beliau menegaskan bahawa TNB kekal fokus untuk menyokong usaha itu sambil memastikan peralihan tenaga terus memenuhi keperluan tenaga jangka panjang dan aspirasi ekonomi negara.

-- BERNAMA