BERITA TERKINI   Google melabur US$15 bilion di Malaysia, menyokong pusat data dan infrastruktur, kata Presiden dan CIO | Bekalan beras mencukupi, rakyat tidak perlu panik - Mohamad Sabu | KPKM sedia laksana pembenihan awan jika paras empangan di Kedah kritikal - Mohamad Sabu | Isu Utusan Malaysia, Kosmo! : Kerajaan pernah bantu, isu terkini wajar tanya pemilik - PM Anwar | PM Anwar tegaskan perancangan, pembangunan bandar tidak pinggirkan nilai kemanusiaan, kebajikan rakyat | 

Malaysia Ketengah Peluang Kerjasama Dalam Lima Sektor Strategik Di Istanbul - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia mengetengahkan peluang kerjasama dalam sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital, tenaga bersih dan industri halal pada Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan B57+ Tahun 2026 di Istanbul, Türkiye.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sektor itu antara bidang yang berpotensi diterokai bagi memperkukuh kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara lain.

Beliau berkata Malaysia turut menawarkan kedudukan strategiknya sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN kepada pelabur antarabangsa.

Ad Banner
Ad Banner

“Itulah antara mesej yang saya kongsikan sebagai ahli panel B57+ Business Leaders’ Summit 2026 di Istanbul, Türkiye dalam sesi membincangkan peranan dana kekayaan berdaulat untuk memperkukuh kerjasama ekonomi antara negara-negara membangun,” katanya dalam hantaran di platform X hari ini.

Tengku Zafrul turut menekankan prestasi pelaburan Malaysia, yang mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM431.1 bilion pada 2025 dan RM218.5 bilion pada separuh pertama 2026.

Lebih penting, katanya 87 peratus daripada 5,822 projek perkilangan yang diluluskan antara 2021 hingga Jun 2026 telah memasuki peringkat pelaksanaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Angka ini menunjukkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia tetapi kerja kita tidak terhenti setakat menarik pelaburan. Melalui MIDA, kita fokus memastikan projek yang diluluskan benar-benar dilaksanakan,” katanya. 

Tengku Zafrul berkata ukuran kejayaan bukan sekadar berdasarkan jumlah pelaburan yang diterima, tetapi jumlah pekerjaan berkualiti yang diwujudkan, teknologi yang dipindahkan dan peluang yang dibuka kepada syarikat tempatan.

“Itulah manfaat yang kita mahu untuk rakyat Malaysia,” katanya. 

Sidang kemuncak itu telah berlangsung selama dua hari dari 31 Oktober lepas bertujuan memperkukuh kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dengan rakan antarabangsa.

-- BERNAMA