BERITA TERKINI   PRN Melaka: Beri PH peluang, pentadbiran negeri perlu selari dengan persekutuan - PM Anwar | Kemenangan calon Muslim di Senat AS bukti demokrasi tanpa perkauman - PM Anwar | Konflik di Gaza menjadi antara isu utama yang akan disuarakan Malaysia pada TRT World Forum 2026 esok - Ahmad Zahid | Tindakan Presiden PAS label CSA sebagai ‘pendekatan dajal’ tidak kena, jangan main soal agama - PM Anwar | Prinsip, draf CSA Kerajaan MADANI sama seperti perjanjian yang dibuat pada 2021 - PM Anwar | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup dengan prestasi bercampur-campur hari ini di tengah-tengah kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, sementara kebimbangan terhadap potensi gangguan bekalan di negara pengeluar utama ketika musim hujan telah memberikan sokongan kepada harga, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran global turut dipengaruhi oleh kejayaan parti Demokrat dalam pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat (AS), sekali gus meningkatkan harapan dalam meredakan ketegangan di Asia Barat dan mengurangkan tekanan inflasi. 

Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh kedudukan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS,” katanya kepada Bernama. 

Peniaga itu berkata, kontrak niaga hadapan getah Jepun diniagakan dalam julat yang terhad pada Khamis, ketika pedagang mempertimbangkan kejatuhan mendadak harga minyak berbanding bekalan yang terhad.

“Sementara itu, agensi meteorologi Thailand mengeluarkan amaran mengenai hujan lebat dan banjir kilat di bahagian selatan bermula 6 hingga 9 November, yang berpotensi menjejaskan aktiviti menoreh getah di kawasan pengeluaran utama,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 2.5 sen kepada 973.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut 5 sen kepada 773.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA