Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pengukuhan Pasaran Tunai
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, sejajar dengan pengukuhan dalam prestasi pasaran tunai.
Pada penutupan, kontrak November 2026 dan Mac 2027 masing-masing meningkat 12.5 mata kepada 1,642.0 serta 1,626.0; Disember 2026 menokok 11.0 mata kepada 1,642.0,dan Jun 2027 naik 7.0 mata kepada 1,624.0.
Jumlah dagangan melonjak kepada 9,375 lot berbanding 6,518 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 46,093 kontrak daripada 42,838 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik 19.30 mata, atau 1.19 peratus kepada 1,635.86 daripada 1,616.56.
-- BERNAMA