BERITA TERKINI   ACL2: Kuching City FC 2-0 Gangwon FC | Kerajaan perlu cari RM40 bilion setahun tanggung subsidi minyak - PM Anwar | PRN Melaka: Beri PH peluang, pentadbiran negeri perlu selari dengan persekutuan - PM Anwar | Kemenangan calon Muslim di Senat AS bukti demokrasi tanpa perkauman - PM Anwar | Konflik di Gaza menjadi antara isu utama yang akan disuarakan Malaysia pada TRT World Forum 2026 esok - Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Prestasi Lemah Minyak Kacang Soya Di CBOT

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan prestasi lemah kontrak hadapan minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT).

Peniaga daripada Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata kebimbangan terhadap paras inventori Malaysia yang mencatat rekod tertinggi terus menjejaskan sentimen pasaran, sekali gus mengehadkan minat belian.

Ad Banner
Ad Banner

“Kami melihat paras sokongan segera sekitar RM4,450 setan dan paras rintangan pada RM4,600 setan, dengan para peniaga kekal mengambil pendekatan berhati-hati menjelang pengumuman laporan bekalan dan permintaan minyak sawit bulan Oktober oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia pada 10 Nov depan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 susut RM174 kepada RM4,126 setan, kontrak Disember 2026 turun RM128 kepada RM4,279 setan, kontrak Januari 2027 berkurangan RM119 kepada RM4,377 setan, kontrak Februari 2027 merosot RM114 kepada RM4,462, setan, kontrak Mac 2027 menyusut RM111 kepada RM4,533 setan dan kontrak April 2027 berkurangan RM109 kepada RM4,587 setan.

Jumlah dagangan turun kepada 97,181 lot daripada 137,168 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 336,631 kontrak daripada 334,908 kontrak. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Harga MSM fizikal bagi Selatan November turun RM90 kepada RM4,220 setan.

-- BERNAMA