Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$132.6 Bilion Setakat 30 Okt
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$132.6 bilion setakat 30 Okt 2026 berbanding US$132.1 bilion pada 15 Okt 2026.
Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu memaklumkan bahawa komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing bernilai US$116.8 bilion, kedudukan rizab dalam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak US$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) bernilai US$6.0 bilion, emas bernilai US$6.2 bilion dan aset rizab lain berjumlah US$2.3 bilion.
Bank pusat itu memaklumkan asetnya bernilai RM645.14 bilion setakat 30 Okt 2026, terdiri daripada RM540.89 bilion dalam bentuk emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk Hak Pengeluaran Khas (SDR), RM12.45 bilion dalam sekuriti kerajaan Malaysia, RM6.10 bilion dalam deposit dengan institusi kewangan, RM22.59 bilion dalam pinjaman dan pendahuluan, RM4.54 bilion dalam hartanah dan peralatan serta RM58.56 bilion dalam aset lain.
Sementara itu, modal dan liabiliti BNM terdiri daripada modal sebanyak RM100 juta, rizab RM198.42 bilion dan mata wang dalam edaran RM185.67 bilion.
Deposit institusi kewangan berjumlah RM126.30 bilion, deposit Kerajaan Persekutuan RM6.0 bilion dan deposit lain RM83.29 bilion, manakala Sekuriti Bank Negara berjumlah RM15.20 bilion, peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR) RM26.84 bilion dan liabiliti lain RM3.30 bilion.
-- BERNAMA