BERITA TERKINI   Malaysia teliti kesan kekalahan parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal AS terhadap hubungan dua hala - PM Anwar | Malaysia, Singapura tingkatkan kuota teksi rentas sempadan kepada 500 buah setiap negara, tambah dua pengendali perkhidmatan e-panggilan bermula 16 Nov - MOT | UMNO telah selesaikan bayaran denda RM50 juta Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi KL pagi ini - Asyraf Wajdi | 

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia Meningkat 3.6 Peratus Pada Suku Ketiga 2026

KUALA LUMPUR, Nov 6 (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Malaysia (IHPRP) meningkat sebanyak 3.6 peratus pada suku ketiga 2026, naik daripada 2.9 peratus pada suku sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

DOSM menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan indeks kesenian, hiburan & rekreasi meningkat 8.2 peratus berbanding 1.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, disumbangkan oleh aktiviti hiburan & rekreasi lain (4.0 peratus).

"Indeks aktiviti penginapan serta perkhidmatan makanan dan minuman meningkat sebanyak 6.5 peratus, susulan kenaikan 6.4 peratus pada suku sebelumnya, yang didorong oleh indeks aktiviti restoran dan perkhidmatan makanan bergerak (5.9 peratus) serta aktiviti perkhidmatan minuman (2.9 peratus)," menurut kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, indeks pengangkutan meningkat sebanyak 6.3 peratus berbanding 5.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh indeks pengangkutan penumpang udara yang meningkat 23.4 peratus.

 Indeks Pendidikan juga meningkat 2.2 peratus selepas peningkatan 2.1 peratus pada suku tahun sebelumnya, disokong oleh pendidikan menengah (2.1 peratus) dan pendidikan tinggi (1.6 peratus).

Indeks lain yang mencatatkan kenaikan ialah kesihatan (1.7 peratus), aktiviti hartanah (1.3 peratus) dan Profesional (1.0 peratus). 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Indeks maklumat & komunikasi mencatatkan peningkatan 0.4 peratus, berbanding 0.3 peratus pada suku tahun sebelumnya, disumbang oleh indeks aktiviti prosesan data, hosting dan yang berkaitan; web portal dan Pengaturcaraan komputer, perundingan dan aktiviti berkaitan iaitu masing-masing meningkat 0.8 peratus. 

Pada asas suku tahunan, IHPRP meningkat 0.7 peratus berbanding 1.1 peratus pada suku tahun sebelumnya. 

“Indeks kesenian, hiburan dan rekreasi meningkat  3.2 peratus berbanding 2.0 peratus pada suku tahun sebelumnya manakala indeks pengangkutan naik 1.4 peratus berbanding peningkatan 2.0 peratus pada bulan sebelumnya disumbangkan oleh  indeks pengangkutan penumpang udara (7.7 peratus),” maklum DOSM.

-- BERNAMA