BERITA TERKINI   Jensen Huang letak jawatan sebagai presiden, ketua pegawai eksekutif, dan ahli lembaga pengarah NVIDIA berkuat kuasa serta-merta -- laporan | PM Anwar mahu runding semula peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan | Turkiye jadi alternatif ganti misil NSM Norway bagi kapal LCS - Mohamed khaled  | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis disokong disebabkan oleh aktiviti belian semasa harga murah serta kenaikan dalam kontrak niaga hadapan minyak sayuran yang berkaitan, kata seorang peniaga.

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Sathia Varqa berkata prestasi yang lebih kukuh dalam niaga hadapan minyak sayuran berkaitan telah membantu mengekalkan minat belian dalam pasaran minyak sawit.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Semua akan tertumpu kepada pandangan dan prospek pasaran yang muncul daripada persidangan Persatuan Minyak Sawit Indonesia (GAPKI) yang berlangsung di Bali, Indonesia, pada 12 sehingga 13 November,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, diskaun MSM berbanding minyak kacang soya kekal melebihi US$100 setiap tan sepanjang tujuh hari lepas, berdasarkan penilaian tanda aras Harga Kos dan Tambang (CFR) India CME Fastmarkets, mencerminkan prospek eksport kukuh bagi minyak sawit.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan November 2026 dan Disember 2026 naik RM12 masing-masing kepada RM4,168 satu tan metrik and RM4,293 setan, Januari 2027 menambah RM30 kepada RM4,440 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kontrak Februari 2027 meningkat RM32 kepada RM4,556 setan, Mac 2027 menokok RM35 kepada RM4,652 satu tan dan April 2027 melonjak RM40 kepada RM4,719 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 156,894 lot daripada 158,137 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 337,840 kontrak daripada 335,671 kontrak.

Harga fizikal MSM bagi November Selatan naik RM30 kepada RM4,200 setiap tan.

-- BERNAMA