Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis.
Pada penutupan dagangan, kontrak November 2026 susut 9.0 mata kepada 1,583.0, kontrak Disember 2026 turun 8.5 mata kepada 1,583.5, kontrak Mac 2027 berkurangan 8.0 mata kepada 1,566.0, manakala kontrak Jun 2027 merosot 16.0 mata kepada 1,565.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 10,337 lot berbanding 8,429 lot semalam, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 43,273 kontrak daripada 42,276 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 9.23 mata kepada 1,585.96 berbanding paras penutupan Rabu pada 1,595.19.
-- BERNAMA