BERITA TERKINI   Turkiye jadi alternatif ganti misil NSM Norway bagi kapal LCS - Mohamed khaled  | Malaysia, China perlu terus bekerjasama tingkatkan inovasi, kerjasama industri dan pembangunan bakat bagi wujudkan nilai lebih baik kepada perniagaan dan rakyat - PM Anwar  | Naib Presiden Indonesia Gibran telah menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) dan Presiden Prabowo. - Speaker MPR Ahmad Muzani | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, ASEAN

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama dan ASEAN pada Khamis, namun susut berbanding dolar AS berikutan jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah secara agresif oleh Amerika Syarikat (AS) telah mendorong permintaan terhadap unit negara maju.

Pada 6 petang, unit tempatan menyusut kepada 4.0765/0805 berbanding dolar AS daripada 4.0710/0745 ketika ditutup pada Rabu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menyusut 0.22 peratus kepada RM4.0817 berbanding dolar AS sepanjang sesi dagangan dalam keadaan kelemahan yang lebih meluas dalam mata wang serantau.

“Rupiah Indonesia turut mengalami tekanan jualan yang ketara manakala mata wang Asia lain susut berbanding dolar AS susulan jangkaan yang semakin meningkat terhadap langkah memperketat dasar monetari AS yang selanjutnya,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata Indeks Dolar AS (DXY) yang turun naik antara 102.890 hingga 103.083 mata berikutan isyarat kecenderungan menaikkan kadar faedah daripada pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) terus mendominasi sentimen pasaran susulan data inflasi AS terkini yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pada masa akan datang, ringgit dijangka kekal di bawah tekanan berikutan pasaran semakin menjangkakan kemungkinan kenaikan kadar faedah yang agresif pada mesyuarat Disember ini, yang boleh mengukuhkan lagi dolar AS,” katanya.

Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.5225/5269 daripada 4.5343/5382 ketika ditutup pada Rabu, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4103/4156 daripada 5.4246/4293 dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5524/5551 daripada 2.5609/5632.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1726/1760 daripada 3.1745/1775, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.0678/0836 daripada 12.0963/1117 dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 223.5/223.8 daripada 224.3/224.6.

Ringgit turut mengukuh berbanding peso Filipina kepada 6.40/6.41 daripada 6.43/6.44 semalam.

-- BERNAMA