BERITA TERKINI   Turkiye jadi alternatif ganti misil NSM Norway bagi kapal LCS - Mohamed khaled  | Malaysia, China perlu terus bekerjasama tingkatkan inovasi, kerjasama industri dan pembangunan bakat bagi wujudkan nilai lebih baik kepada perniagaan dan rakyat - PM Anwar  | Naib Presiden Indonesia Gibran telah menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi kepada Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) dan Presiden Prabowo. - Speaker MPR Ahmad Muzani | 

JS Tradventures Diiktiraf Asia Record Bagi Peratusan Kejayaan Dagangan Tertinggi

SHAH ALAM, 12 Nov (Bernama) -- JS Trading Ventures Sdn Bhd (JS Tradventures) menjadi komuniti dagangan pertama di Asia yang menerima pengiktirafan Asia Record kerana mencapai peratusan kejayaan dagangan tertinggi dalam perdagangan pelbagai aset sepanjang tempoh dua bulan.

Menurut kenyataan Asia Record, pencapaian yang secara rasmi bertajuk “Peratusan Kejayaan Tertinggi yang Dicapai oleh Komuniti Dagangan Pelbagai Aset dalam Tempoh Dua Bulan pada 2026” itu mengiktiraf prestasi dagangan komuniti berkenaan sepanjang tempoh percubaan mencipta rekod dari 23 Ogos hingga 23 Okt, 2026.

Plak Asia Record itu disampaikan kepada pengasas JS Tradventures Jason Chen pada 24 Okt, 2026 bersempena majlis penyampaian anugerah pengiktirafan syarikat berkenaan yang menghimpunkan lebih 300 peserta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Acara itu turut menampilkan bengkel dagangan secara bersemuka yang bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta mengenai aktiviti dagangan dan pemahaman mereka terhadap pasaran kewangan selain majlis penyampaian anugerah bagi mengiktiraf 30 peserta berprestasi terbaik syarikat berkenaan.

Asia Record memaklumkan bahawa acara itu turut memberi peluang kepada ahli untuk berhubung, berkongsi pengalaman dan meraikan kemajuan yang dicapai bersama sekali gus mencerminkan penekanan syarikat terhadap pembangunan komuniti, pendidikan selain pengiktirafan prestasi.

Ditubuhkan oleh Chen, JS Tradventures memberi tumpuan kepada usaha melahirkan peniaga yang berpengetahuan dan berdisiplin menerusi pendidikan berstruktur, pandangan praktikal mengenai pasaran serta strategi dagangan yang bertanggungjawab.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Teras kepada pendekatan syarikat ialah True Trader Pathway, sebuah program yang direka untuk membimbing individu memahami prinsip asas dagangan termasuk analisis pasaran, pengurusan risiko, pembuatan keputusan strategik dan pembelajaran berterusan.

“Syarikat menekankan pembinaan asas yang kukuh dalam pengetahuan pasaran kewangan dan disiplin dagangan berbanding memberi tumpuan semata-mata kepada keuntungan jangka pendek,” menurut kenyataan berkenaan.

Dalam tempoh dua tahun, JS Tradventures telah melatih lebih 2,000 peniaga sekali gus mencerminkan perkembangan komuniti pendidikan dagangannya.

Pencapaian Asia Record itu menyerlahkan peratusan kejayaan komuniti berkenaan sepanjang tempoh penilaian dua bulan yang ditetapkan.

Metrik itu mengukur nisbah dagangan yang berjaya berbanding jumlah dagangan yang dinilai, namun tidak semestinya mencerminkan keuntungan keseluruhan atau menjamin prestasi pada masa hadapan.

Chen berkata pengiktirafan itu mencerminkan komitmen bersama pasukannya dan para peniaga yang telah menyumbang kepada perkembangan syarikat.

Jelasnya, penerimaan pengiktirafan Asia Record ini merupakan detik yang membanggakan bagi JS Tradventures dan seluruh komuniti dagangannya.

“Misi kami selama ini adalah untuk membimbing individu menerusi True Trader Pathway, membantu mereka membangunkan pengetahuan, disiplin dan keyakinan yang diperlukan untuk mengharungi pasaran kewangan.

“Setelah melatih lebih 2,000 peniaga dalam tempoh dua tahun, pencapaian ini mendorong kami untuk terus memperkukuh program pendidikan dan membangunkan komuniti yang mengutamakan pembelajaran berterusan serta amalan dagangan yang bertanggungjawab,” katanya.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pengadil Asia Record Datuk KK Chua mengucapkan tahniah kepada Chen dan pasukannya selain menekankan kepentingan pencapaian yang boleh diukur serta sumbangan syarikat itu terhadap pendidikan dagangan.

Beliau memberitahu JS Tradventures menjadi komuniti dagangan pertama di Asia yang memperoleh pengiktirafan ini atas pencapaian peratusan kejayaan tertinggi dalam tempoh dua bulan.

Pencapaian ini, jelasnya merupakan satu kejayaan penting bagi syarikat dan mencerminkan komitmennya untuk membangunkan komuniti dagangan yang berpengetahuan serta berdisiplin.

“Apa yang menjadikan pencapaian ini begitu bermakna ialah komitmen JS Tradventures dalam mendidik peniaga menerusi True Trader Pathway.

“Kejayaan melatih lebih 2,000 peniaga dalam tempoh hanya dua tahun membuktikan dedikasi pasukan itu dalam membangunkan komuniti pembelajaran yang kukuh.

“Kami mengucapkan tahniah kepada Jason Chen dan pasukannya atas pencapaian ini dan berharap ia akan menjadi inspirasi kepada kemajuan berterusan dalam pendidikan kewangan serta amalan dagangan yang bertanggungjawab,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai JS Trading Ventures Sdn Bhd dan program pendidikan dagangannya, layari laman sesawang rasmi syarikat di https://jstradventures.co/.

Sementara itu, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Asia Record dan pengiktirafannya terhadap pencapaian cemerlang di seluruh Asia, layari https://www.asiarecord.com atau https://www.theasiarecords.com.

-- BERNAMA