MBSB Bank Lanjutkan Kadar Promosi TD-i, TIA-i Hingga 30 November
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- MBSB Bank melanjutkan kempen promosi bagi produk Deposit Bertempoh-i (TD-i) dan Akaun Pelaburan Bertempoh-i (TIA-i) sehingga 30 Nov, 2026.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank Islam itu memaklumkan pelanggan boleh terus menikmati kadar promosi sebanyak 4.0 peratus setahun bagi tempoh enam bulan dan 3.95 peratus setahun bagi tempoh 12 bulan.
Kedua-dua produk itu memerlukan deposit minimum RM1,000 dengan kadar yang disemak semula berkuat kuasa dari 2 Oktober hingga 30 Nov, 2026, tertakluk kepada terma dan syarat kempen.
MBSB Bank menjelaskan pelanggan yang berminat untuk membuka akaun TIA-i atau TD-i boleh berbuat demikian secara dalam talian menerusi laman sesawangnya atau dengan mengunjungi cawangan MBSB Bank yang terdekat.
-- BERNAMA