BERITA TERKINI   Seorang anggota polis maut, 10 cedera selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan di KM352 PLUS arah selatan - Ketua Polis Negeri | Menteri MITI Datuk Seri Johari Abdul Ghani gesa kerjasama Malaysia–Perancis yang lebih luas dalam AI dan keselamatan siber | Malaysia alu-alukan firma kejuruteraan dan teknologi Perancis sebagai rakan kongsi dalam pembangunan TBB, dengan kilang minyak sawit mampu menjana elektrik daripada biojisim dan biogas - Johari | Syarikat aeroangkasa Perancis digesa memperluas perolehan tempatan dan membantu membangunkan ekosistem aeroangkasa domestik yang komprehensif - Johari | Malaysia meterai perjanjian dengan Perancis bagi perolehan empat helikopter Mencari dan Menyelamat Tempur untuk TUDM - Khaled Nordin | 

Projek Solar HLGY Energy Bekal Tenaga Kepada Bridge Data Centres Menjelang Jun 2028

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- HLGY Energy Sdn Bhd (HLGY Energy) sedang memperkukuh peranannya dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia menerusi pembangunan Loji Tenaga Suria Kedah Rubber City (KERC SPP), iaitu projek fotovoltaik (PV) solar berkapasiti 119.7 megawatt (MW) yang disepadukan dengan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) berkapasiti 240.72 megawatt-jam (MWh).

Pengerusi dan Pengarah Eksekutifnya, Kenneth Yap Kian Hoong berkata KERC SPP, yang melibatkan tanah seluas 121.40 hektar dan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) hampir RM500 juta, dijangka siap serta mula membekalkan elektrik kepada penerima bekalan menjelang Jun 2028. 

“Ketika ini, kerja-kerja pembangunan sedang dilaksanakan. Kami telah menjalankan kerja-kerja pembersihan pokok sejak beberapa minggu lepas dan kami menjangkakan projek ini akan siap pada Jun 2028.

Ad Banner
Ad Banner

“Jadi, kami akan menyalurkan bekalan kepada pelanggan, iaitu Bridge Data Centres Malaysia IV Sdn Bhd (Bridge Data Centres),” katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama HLGY Energy hari ini. 

HLGY Energy turut menjalin lima kerjasama strategik dengan Bridge Data Centres Malaysia IV, AmBank Islamic Bhd, Mabcon Energy Sdn Bhd, U Mobile Sdn Bhd, dan Asia CarbonX Change Plt bagi menyokong projek solar PV tersebut. 

Terletak di Padang Terap, Kedah, ladang solar berskala utiliti itu dibangunkan di bawah Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) Malaysia. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Skim itu membolehkan pengguna korporat memperoleh bekalan elektrik boleh baharu daripada pemaju tenaga boleh baharu menerusi grid elektrik, sekali gus mewujudkan saluran tambahan bagi perniagaan untuk mencapai matlamat kelestarian mereka. 

Dengan menggabungkan kapasiti solar PV 119.7 MW dengan penyimpanan tenaga bateri berkapasiti 240.72 MWh, projek tersebut bertujuan menyokong pengurusan tenaga yang lebih berkesan dan penggunaan tenaga solar. 

Sementara itu, HLGY Energy menyasarkan untuk menggabungkan infrastruktur solar berskala utiliti dengan teknologi pintar bagi memenuhi keperluan tenaga yang semakin berkembang dalam kalangan pelanggan komersial dan industri.

Projek tersebut disokong oleh kemudahan pembiayaan bertempoh sebanyak RM360 juta yang disediakan oleh AmBank Islamic Bhd.

Selain itu, penglibatan U Mobile menyokong aspirasi HLGY Energy untuk memajukan automasi berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan operasi loji solar yang lebih pintar.

Asia CarbonX Change PLT pula menyumbang perkhidmatan sijil tenaga boleh baharu (REC) dengan menambah komponen pensijilan yang boleh membantu perniagaan memenuhi komitmen kelestarian mereka.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata kerajaan terus mempermudahkan akses bagi pihak korporat terhadap bekalan elektrik daripada sumber boleh baharu melalui CRESS.

“Kerajaan kekal komited terhadap peralihan tenaga yang teratur dan inklusif, bagi menyokong pertumbuhan ekonomi selain menjamin kepentingan pengguna elektrik.

““Dengan menggabungkan dasar yang berkesan bersama pelaburan yang bertanggungjawab dan teknologi yang telah terbukti, kita mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi yang menarik bagi pelaburan tenaga boleh baharu,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian tersebut.

Teks ucapannnya dibacakan oleh Setiausaha Bahagian (Tenaga Lestari) PETRA, Rosmahyuddin Baharuddin.

-- BERNAMA