Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.
Pada 9.51 pagi, kontrak November 2026 menurun 10.0 mata kepada 1,551.5, Disember 2026 merosot 9.0 mata kepada 1,552.5, Mac 2027 berkurangan 7.5 mata kepada 1,537.0 dan Jun 2027 menyusut 12.5 mata kepada 1,532.0.
Jumlah dagangan sebanyak 3,235 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,318 kontrak.
Selepas 50 minit dagangan, FBM KLCI menurun 8.85 mata kepada 1,557.31 daripada 1,566.16 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA