BERITA TERKINI   Liga Super: Negeri Sembilan FC 0-2 Kuching City FC | Ismail Lasim ikrar pertahan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang sah | 

Pusat Data YTL Tidak Terkesan Dengan Kawalan Perdagangan AS Terkini

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- YTL Power International Bhd menjelaskan cabang infrastruktur digitalnya, perkhidmatan lokasi bersama Pusat Data YTL di Johor tidak terjejas oleh kawalan perdagangan Amerika Syarikat (AS) terkini ke atas semikonduktor termaju.

YTL Power berkata demikian sebagai tindak balas kepada pelbagai laporan akhbar yang mengaitkan syarikat itu dengan kontroversi semasa Nvidia, malah ada yang membayangkan bahawa pusat datanya dalam beberapa bentuk telah membantu dalam pemindahan unit pemprosesan grafik Nvidia (GPU) kepada pelanggan di China.

“Laporan spekulatif dan tidak berasas ini sama sekali tidak benar,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Ad Banner
Ad Banner

Pusat Data YTL menyediakan perkhidmatan lokasi bersama merangkumi ruang, kuasa, penyejukan dan ketersambungan, kepada pelbagai pelanggan global, termasuk hiper skala AS, di bawah pengaturan yang mematuhi undang-undang tempatan dan kawalan perdagangan AS.

“YTL telah bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam pembangunan pusat datanya selain mematuhi semua keperluan pelaporan serta import yang berkenaan.

“Kami tetap yakin bahawa permintaan untuk infrastruktur pusat data lokasi bersama di Malaysia akan terus berkembang memandangkan permintaan global yang semakin kukuh, termasuk dari AS,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

YTL Power berkata peraturan akhir interim baharu (Menangani Akses Jauh kepada Semikonduktor Termaju, yang dikeluarkan oleh Biro Industri dan Keselamatan Jabatan Perdagangan AS, tidak menjejaskan perkhidmatan lokasi bersama YTL.

Peraturan itu memfokuskan kepada pengimport GPU dan penyedia perkhidmatan pengkomputeran kepada pelanggan D:5, katanya.

-- BERNAMA