Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat.
Pada akhir dagangan, kontrak November 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 15.5 mata kepada 1,546.0 dan 1,546.0, Mac 2027 menurun 16.5 mata kepada 1,528.0 manakala Jun 2027 rendah 15.0 mata kepada 1,530.0.
Jumlah dagangan meningkat kepada 11,130 lot daripada 9,294 lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 45,145 kontrak daripada 43,591 kontrak sebelum ini.
Pada 5 petang, FBM KLCI susut 9.65 mata kepada 1,556.51 daripada 1,566.16 semasa ditutup pada Khamis.
-- BERNAMA