BERITA TERKINI   10,000 pelarian Rohingya bakal ditempatkan di Turkiye melalui satu program latihan kemahiran berstruktur - TPM Ahmad Zahid | Ismail Lasim ikrar pertahan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang sah | Ismail teruskan khidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan atas titah Tuanku Muhriz | Bantuan Khas Perayaan Aidilfitri RM1,500 kepada penjawat awam negeri Pahang tahun depan - MB  | Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri Pahang tahun depan - MB | 

Rizab Antarabangsa BNM Pada US$132.1 Bilion Setakat 13 Nov

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berada pada US$132.1 bilion setakat 13 Nov 2026, berbanding US$132.6 bilion yang dicatatkan pada 30 Okt 2026.

Bank pusat itu melalui satu kenyataan berkata komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing US$116.2 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) US$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) US$6.0 bilion, emas US$6.2 bilion dan aset rizab lain sebanyak US$2.4 bilion.

Jumlah asetnya berjumlah RM639.76 bilion pada 13 Nov 2026 merangkumi RM538.74 bilion dalam emas, aset kewangan asing dan rizab lain, termasuk SDR, RM12.44 bilion dalam kertas kerajaan Malaysia, RM4.07 bilion dalam deposit dengan institusi kewangan, RM22.71 bilion dalam bentuk pinjaman dan peralatan, RM22.71 bilion dalam pinjaman dan pendahuluan, RM4.53 bilion dalam hartanah dan peralatan serta RM57.24 bilion dalam aset lain.

Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, modal dan liabiliti BNM terdiri daripada modal RM100 juta dalam modal, RM195.92 bilion dalam rizab serta RM188.17 bilion dalam edaran mata wang.

Deposit oleh institusi kewangan berada pada paras RM111.76 bilion, deposit kerajaan persekutuan RM15.09 bilion dan deposit-deposit lain sebanyak RM83.23 bilion, manakala Kertas Bank Negara berjumlah RM15.23 bilion, peruntukan SDR sebanyak RM26.83 bilion dan liabiliti lain RM3.40 bilion.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner