BERITA TERKINI   10,000 pelarian Rohingya bakal ditempatkan di Turkiye melalui satu program latihan kemahiran berstruktur - TPM Ahmad Zahid | Ismail Lasim ikrar pertahan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang sah | Ismail teruskan khidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan atas titah Tuanku Muhriz | Bantuan Khas Perayaan Aidilfitri RM1,500 kepada penjawat awam negeri Pahang tahun depan - MB  | Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri Pahang tahun depan - MB | 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Dipengaruhi Jualan Saham Teknologi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah apabila jualan besar-besaran saham berkaitan teknologi di peringkat global menjejaskan sentimen pelabur.

Pada 12.30 tengah hari, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.26 mata atau 0.78 peratus kepada 1,553.90 daripada paras 1,566.16 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras itu, yang dibuka 9.24 mata lebih rendah pada 1,556.92, bergerak antara 1,552.95 hingga 1,558.11 sepanjang sesi dagangan pagi.

Ad Banner
Ad Banner

Sentimen pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 820 berbanding 191. Sebanyak 337 kaunter tidak berubah, manakala 1,492 kaunter tidak diniagakan dan 32 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan berjumlah 1.80 bilion unit bernilai RM1.11 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street merosot dengan ketara semalaman apabila minat terhadap saham kecerdasan buatan (AI) merosot mendadak susulan kemunculan syarikat AI berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Anthropic.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata sentimen keseluruhan pasaran terjejas susulan jualan besar-besaran saham berkaitan teknologi apabila peniaga mengambil keuntungan.

“Bagaimanapun, aktiviti pembelian ketika harga rendah mula muncul dan mengurangkan kerugian pada awal dagangan. Kami percaya dana institusi tempatan kembali mengumpul saham-saham yang mengalami penurunan ketara.

“Kami menjangkakan pasaran tempatan mungkin menghampiri paras terendah dan indeks dijangka bergerak dalam julat 1,560 hingga 1,570 mata,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM9.90, manakala Public Bank turun tiga sen kepada RM4.49. Tenaga Nasional menambah enam sen kepada RM12.66, manakala IHH Healthcare meningkat dua sen kepada RM7.92. CIMB tidak berubah pada RM7.02.

Bagi saham paling aktif, Dagang NeXchange meningkat 2.5 sen kepada 41.5 sen, manakala MMAG menambah setengah sen kepada 1.5 sen. MYDCD susut 4.5 sen kepada 51 sen, manakala MAG Holdings dan Big Caring masing-masing tidak berubah pada 16 sen dan RM1.09.

Antara saham paling untung, Petronas Dagangan, Batu Kawan dan Allianz Malaysia masing-masing meningkat 10 sen kepada RM19.36, RM19.20 dan RM18.98. Guan Chong melonjak sembilan sen kepada RM1.51, manakala Kuala Lumpur Kepong menambah lapan sen kepada RM21.10.

Malaysian Pacific Industries menerajui senarai saham paling rugi apabila merosot RM2.42 kepada RM34.08. Nestle susut 74 sen kepada RM93.90, ViTrox turun 67 sen kepada RM8.64, manakala UWC berkurangan 44 sen kepada RM5.39. Press Metal Aluminium pula turun 42 sen kepada RM6.27.

Dalam pasaran yang lebih luas, Indeks FBM Emas susut 131.27 mata kepada 11,471.86, Indeks FBM Top 100 turun 124.64 mata kepada 11,320.34 dan Indeks FBM ACE merosot 126.93 mata kepada 4,784.58.

Indeks FBM Emas Syariah susut 175.88 mata kepada 11,378.74, manakala Indeks FBM Mid 70 turun 327.95 mata kepada 16,243.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 54.11 mata kepada 18,299.37, Indeks Perladangan merosot 63.01 mata kepada 8,688.79 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 4.82 mata kepada 159.31.

Indeks Tenaga pula susut 12.55 mata kepada 744.63.

-- BERNAMA