BERITA TERKINI   Ismail teruskan khidmat sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan atas titah Tuanku Muhriz | Bantuan Khas Perayaan Aidilfitri RM1,500 kepada penjawat awam negeri Pahang tahun depan - MBĀ  | Bantuan Khas Kewangan dua bulan gaji kepada semua penjawat awam negeri Pahang tahun depan - MB | Perdagangan Malaysia meningkat 58 peratus kepada RM436.6 bilion pada Oktober 2026 disokong pertumbuhan kukuh eksport, import - DOSM | PM Anwar tiba di Rumah Tamu Negara Qilin Villa untuk pertemuan dua hala dengan Presiden Xi | 

Anwar, Xi Adakan Pertemuan Dua Hala Kali Keempat

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 20 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping, memperkukuh hubungan diplomatik yang erat antara Malaysia dan China.

Pertemuan selama 20 minit itu berlangsung di Rumah Tamu Negara Qilin Villa dan merupakan pertemuan kali keempat antara Anwar dan Xi, mencerminkan hubungan peringkat tinggi yang berterusan dalam Malaysia dan China terus memperkukuh kerjasama strategik mereka.

Ad Banner
Ad Banner

Pertemuan dua hala pertama mereka telah diadakan pada 7 Nov 2024 di Beijing, China, diikuti pertemuan kedua pada 16 April 2025 di Putrajaya.

Pertemuan ketiga adalah pada 2 Sept 2025 di Beijing, China.

Anwar berada di Shenzhen untuk Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33, yang menghimpunkan pemimpin ekonomi anggota untuk membincangkan kerjasama ekonomi serantau, perdagangan, kesalinghubungan dan cabaran yang wujud.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA