Harshal Shah Dilantik Sebagai CEO Kumpulan Manulife Holdings, Manulife Insurance
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Manulife Financial Corporation melantik Harshal Shah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Manulife Holdings Bhd dan CEO of Manulife Insurance Bhd berkuat kuasa 20 November 2026.
Menurut Manulife Holdings dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Harshal menggantikan bekas CEO kumpulan, Vibha Hamsi Coburn, yang meletak jawatan susulan penugasan semula beliau ke peranan baharu di wilayah lain
Manulife Holdings dalam satu kenyataan hari ini juga menyatakan bahawa Harshal memiliki pengalaman lebih 25 tahun dalam perkhidmatan kewangan merangkumi strategi pelanggan, transformasi perniagaan, jenama, digital, pengedaran dan pertumbuhan perniagaan.
“Sejak menyertai Manulife pada 2022 sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Manulife Asia, beliau telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan strategi syarikat yang berfokuskan pelanggan merentasi rantau ini, dengan bekerjasama rapat bersama pasaran terlibat bagi meningkatkan pengalaman pelanggan, keupayaan digital, jenama dan mengutamakan pertumbuhan,” menurut syarikat itu.
Sebelum menyertai Manulife, Harshal memegang peranan kepimpinan kanan di AIA Group, merangkumi bidang pengedaran, pemasaran, pengalaman pelanggan dan transformasi perniagaan.
Beliau juga pernah memegang jawatan kepimpinan di Aegon dan Citibank, selain Manulife Holdings.
-- BERNAMA