BERITA TERKINI   Liga Super: Negeri Sembilan FC 0-2 Kuching City FC | Ismail Lasim ikrar pertahan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang sah | 

Pasaran Getah KL Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, seiring dengan prestasi niaga hadapan getah serantau yang lemah berikutan jangkaan bekalan getah meningkat dari Thailand.

Beliau berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh tekanan inflasi Amerika Syarikat yang berterusan, mengukuhkan jangkaan mengenai kemungkinan kenaikan kadar faedah pada Disember, selain ketegangan geopolitik yang meningkat di Asia Barat.

Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh harga minyak mentah yang stabil, ringgit yang rendah berbanding dolar AS dan keputusan China untuk mengekalkan kadar pinjaman penanda arasnya, menyokong jangkaan aktiviti ekonomi yang mampan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun menyusut untuk sesi keempat berturut-turut, dijangka mencatatkan penurunan mingguan paling ketara sejak akhir Jun berikutan prestasi pasaran ekuiti Asia yang rendah dan permintaan terhadap tayar yang kurang menggalakkan.

Katanya pengeluaran getah di Thailand memasuki tempoh pengeluaran pada tahap tertinggi, dengan aktiviti menoreh lebih baik di wilayah timur laut negara itu, mendorong jangkaan bekalan getah meningkat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menurun 9.0 sen kepada 967.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal merosot 3.5 sen kepada 756.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA