2jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menyediakan geran berjumlah RM444.96 juta bagi memperkukuh infrastruktur bekalan air di Sabah, termasuk penggantian paip kritikal dan pelaksanaan langkah mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW).
3jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan inisiatif peluasan perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik sehingga Disember 2026 tidak menjejaskan keupayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) memenuhi komitmen pembayaran dividen kepada pemegang saham.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Nestle (Malaysia) Bhd, mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM197.51 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM114.04 juta pada suku yang sama tahun lepas, disokong oleh jualan yang lebih tinggi.
7jam ago
JOHOR BAHRU, 27 Okt (Bernama) -- Pernah mencatatkan jualan lebih 5,000 cawan dalam tempoh tiga hari, pengasas jenama Kopi Royale Johor menyasarkan pembukaan sebuah kafe dalam tempoh tiga tahun lagi bagi mengembangkan perniagaannya.
9jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan program GEAR-uP masih mengikut jadual, dengan pelaburan dijangka meningkat pada akhir tahun ini dan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10jam ago
Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani
SINGAPURA, 27 Okt (Bernama) -- Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) perlu mengukuhkan keselamatan tenaga, mempercepat kesalinghubungan elektrik serantau dan menggerakkan pelaburan dalam projek tenaga bagi memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan meningkatkan daya tahan rantau ini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Kumpulan Bank Pembangunan Islam (IsDB) Dr Muhammad Al Jasser bagi membincangkan kerjasama semasa dan masa depan antara kedua-dua institusi itu.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Pansar Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Perbena Emas Sdn Bhd, menerima surat setuju terima (LoA) daripada KKB Engineering Bhd untuk kerja-kerja subkontrak sivil dan struktur bernilai RM170.86 juta.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Grand Dynamic Builders Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh GDB Holdings Bhd, berjaya meraih kontrak bernilai RM1.017 bilion daripada Perdana ParkCity Sdn Bhd bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan bagi ParkCity Residences di Desa ParkCity.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SSF Home Group Bhd, SSF Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) bersyarat dengan IFFCO Foods Sdn Bhd untuk membeli tiga bidang tanah di Pulau Indah, Klang bernilai RM42.47 juta.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Harga minyak mentah Brent meningkat kepada US$117 (US$1=RM4.08) setong, didorong oleh peningkatan serangan Houthi terhadap infrastruktur Arab Saudi serta aliran minyak yang lebih perlahan melalui Selat Hormuz, menurut Rystad Energy.