25hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) terus menjejaskan sentimen pasaran serantau dan memberi sokongan terhadap dolar AS.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia menurun 0.43 peratus untuk ditutup pada paras terendah harian, mengakhiri kenaikan yang dicatatkan sebelum ini berikutan gelombang jualan pada akhir sesi dagangan.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengemukakan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Skygate Solutions Bhd berikutan kenaikan mendadak harga saham syarikat berkenaan.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerajaan dijangka menanggung subsidi produk petroleum hampir RM40 bilion tahun ini berikutan kenaikan harga minyak dunia yang dipacu oleh ketegangan geopolitik dan konflik Asia Barat, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), disokong oleh data keyakinan pengguna AS yang lemah telah menjejaskan mata wang AS.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 2.2 peratus tahun ke tahun pada Mei 2026, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung yang sederhana walaupun pasaran emas COMEX AS mencatatkan kenaikan.
26hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan prestasi ringgit yang menyusut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Harga elektrik yang lebih tinggi adalah akibat pelaksanaan surcaj susulan peningkatan kos penjanaan, sekali gus menyumbang kepada kenaikan inflasi keseluruhan Malaysia kepada 2.0 peratus pada Mei, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
27hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street berikutan sentimen pelabur yang lebih baik selepas gencatan serangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang dikekalkan.
27hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Jumlah permintaan global bagi kargo udara, yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer meningkat 6.0 peratus pada Mei 2026 berbanding paras Mei 2025 (6.5 peratus bagi operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
27hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, didorong oleh niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.