8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Korporat Malaysia diseru untuk memanfaatkan peluang di bawah Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pelaburan, produktiviti, perniagaan yang lebih mampan dan berdaya saing, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula pada tengah hari ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter perbankan dan tenaga.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- S P Setia Bhd menyambut baik langkah dalam Belanjawan 2027 yang menyokong pemilikan rumah, pelaburan, pembangunan mampan serta daya tahan ekosistem pembinaan negara.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan gaji susulan Belanjawan 2027 perlu disokong peningkatan produktiviti, pelaburan perniagaan dan penggunaan teknologi bagi mengekalkan daya saing serta mewujudkan pekerjaan berkualiti, menurut CIMB Treasury and Markets Research.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- BMI mengekalkan unjurannya bahawa defisit fiskal Malaysia akan menyusut kepada 3.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2027 berbanding anggaran 3.6 peratus pada 2026.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd melihat sektor pengguna sebagai penerima manfaat utama Belanjawan 2027 didorong oleh pelepasan cukai pendapatan individu yang dapat meningkatkan kuasa perbelanjaan dalam kalangan rakyat Malaysia berpendapatan sederhana.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) sedang meneliti keperluan sebenar bekalan elektrik dan air bagi pusat data susulan permohonan kapasiti elektrik yang didapati melebihi penggunaan sebenar.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkukuh usaha menstabilkan harga barangan keperluan bagi menangani kebimbangan terhadap kenaikan kos sara hidup susulan pelaksanaan gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan belum menetapkan mana-mana lokasi di Sabah sebagai “living laboratory” Ekonomi Altitud Rendah pada masa ini kerana penilaian menyeluruh masih perlu dilaksanakan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin dapat membelanjakan RM510 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2027 tanpa memperkenalkan cukai baharu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Sektor besi dan keluli merupakan antara sektor yang kerap menghadapi tekanan daripada lambakan import barangan perantara, dengan lapan daripada sembilan langkah anti-lambakan yang sedang berkuat kuasa di Malaysia melibatkan produk dalam sektor berkenaan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Perbahasan mengenai sistem percukaian Malaysia seharusnya tertumpu pada usaha meningkatkan kutipan hasil dan bukannya memilih antara Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata seorang pakar percukaian.