Terdapat 1563 berita berdasarkan kata kunci carian "jan"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Kenaikan Saham Pengguna

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun petunjuk bercampur-campur daripada Wall Street semalaman, disokong oleh saham pengguna berikutan penurunan harga minyak mentah mendorong jangkaan tekanan inflasi akan berkurangan, kata peniaga.

Ringgit Dibuka Tinggi, Data Pekerjaan AS Redakan Jangkaan Kenaikan Kadar Faedah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat selepas data pekerjaan AS pada Jun yang lebih rendah daripada jangkaan, mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) mungkin mengambil pendekatan lebih berhati-hati terhadap penetapan kadar faedah.

Pengukuhan Ringgit Dorong Eksport Malaysia Lebih Kompetitif Di Pasaran Luar Negara - MITI

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pengukuhan ringgit tidak menjejaskan prestasi perdagangan negara kerana sebahagian besar industri eksport Malaysia turut bergantung kepada input yang diimport, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Southern Cable Peroleh Kontrak Tambahan Bernilai RM403.6 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Unit milik penuh Southern Cable Group Bhd, Southern Cable Sdn Bhd memperoleh kontrak tambahan bernilai RM403.6 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

JS-SEZ Langkaui Pelan Induk, Raih Pelaburan Diluluskan RM76.98 Bilion Pada 2025 -- Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan kekal komited dalam menjayakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) sebagai agenda ekonomi nasional yang meletakkan Johor sebagai pemacu pertumbuhan baharu negara.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Negara Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang negara serantau ASEAN pada Khamis, apabila dolar AS kekal rendah ekoran kekurangan panduan jelas mengenai prospek kadar faedah AS.

Bursa Malaysia Teruskan Kenaikan Untuk Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kekuatan dalam saham telekomunikasi dan peningkatan semula di kaunter perbankan wajaran tinggi yang mengekalkan indeks penanda aras dalam lingkungan positif walaupun sentimen pasaran secara keseluruhan dalam mod berhati-hati.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh harga minyak mentah yang rendah dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

Kerja-kerja Infrastruktur Di Taman Teknologi Pulau Pinang @ Bertam Siap Sepenuhnya

KEPALA BATAS, 2 Julai (Bernama) -- Ideal Property Group berjaya menyiapkan semua kerja-kerja infrastruktur di Taman Teknologi Pulau Pinang @ Bertam seluas 880 ekar (323.7 hektar), dengan pembangunan tersebut mencapai proses penyerahan penuh selepas mercu tanda pintu masuknya siap dibina. 

IPPFA Kekalkan Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Malaysia Pada 4.6 Peratus

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- IPP Financial Advisers (IPPFA) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia pada 4.6 peratus meskipun dalam senario ketidaktentuan global.

Ajinomoto Malaysia Raih Dua Pengiktirafan Di AREA 2026

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) melakar pencapaian penting dalam perjalanan kelestariannya menerusi dua anugerah bagi kategori Kepimpinan Hijau dan Pelaporan Kemampanan Korporat di Asia Responsible Enterprise Awards (AREA) 2026.

The Roof Realty Raih Dua Anugerah The Asia Records Selepas Catat GSV RM19.78 Bilion

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Agensi hartanah, The Roof Realty Sdn Bhd telah menerima dua anugerah daripada The Asia Records selepas ia mencatatkan nilai jualan kasar (GSV) berjumlah RM19.78 bilion pada 2025.