BERITA TERKINI   Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah selamat dikebumikan di Pusara Negara Presint 20 pada 6.36 petang | 

Terdapat 1513 berita berdasarkan kata kunci carian " syarikat"

RHB Bank Selesai Terbitan Nota Tahap 2 Bernilai RM410 Juta

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- RHB Bank Bhd menyelesaikan penerbitan Nota Tahap 2 (T2) bernilai RM410 juta di bawah Program Notanya.

​​​​​​​PAAB Lancar Rangka Kerja Kewangan Islam Mampan, Tampilkan Pembiayaan Biru

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan), hari ini melancarkan Rangka Kerja Kewangan Islam Mampan, sekali gus mencatat tiga pencapaian penting di peringkat nasional.

Permintaan Penumpang Udara Susut 2.2 Peratus Pada Mei 2026

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang udara yang diukur berdasarkan hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), susut 2.2 peratus tahun ke tahun pada Mei 2026, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Maybank Indonesia Jadi Syarikat Induk Konglomerat Kewangan

JAKARTA, 30 Jun (Bernama) -- Para pemegang saham Maybank Indonesia telah meluluskan penubuhan bank itu sebagai syarikat induk operasi Konglomerat Kewangan Maybank di Indonesia.

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Sentimen Menjelang Pengumuman Data Penting AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika peserta pasaran kekal berhati-hati menunggu pengumuman data-data ekonomi penting AS lewat malam ini.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Kenaikan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa disokong oleh kenaikan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan prestasi ringgit yang menyusut sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Harga Elektrik Lebih Tinggi Tingkat Inflasi Keseluruhan Kepada 2.0 Peratus Pada Mei -- BNM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Harga elektrik yang lebih tinggi adalah akibat pelaksanaan surcaj susulan peningkatan kos penjanaan, sekali gus menyumbang kepada kenaikan inflasi keseluruhan Malaysia kepada 2.0 peratus pada Mei, kata Bank Negara Malaysia (BNM). 

Public Mutual Agih Lebih RM96 Juta Kepada Lima Dana

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank Berhad, mengisytiharkan agihan berjumlah lebih RM96 juta bagi lima dana untuk tahun kewangan berakhir 30, Jun 2026.

Pengeksport Malaysia Catat Potensi Perdagangan RM160 Juta Di Ekspo Import Korea 2026

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Delegasi Malaysia telah memperoleh prospek eksport sebanyak RM160 juta di Ekspo Import Korea (KIE) 2026 yang baru sahaja berakhir, mengatasi sasaran awal sebanyak RM120 juta, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh minat belian yang berterusan di kaunter saham wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor kewangan, utiliti serta produk perindustrian dan perkhidmatan.

Paydibs Sasar Pasaran Asia Tenggara, Pengembangan Di Asia Selatan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Syarikat teknologi kewangan (fintech) tempatan Malaysia, Paydibs Sdn Bhd, sedang mengembangkan pasarannya ke Asia Tenggara dan Asia Selatan, dengan rancangan untuk memasuki Thailand, Indonesia dan Filipina menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tee Kean Kang.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kenaikan semalaman Wall Street berikutan sentimen pelabur yang lebih baik selepas gencatan serangan ketenteraan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang dikekalkan.