1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd telah memperoleh tambahan 19.18 peratus kepentingan dalam ES Sunlogy Bhd yang disenaraikan di Pasaran ACE pada harga RM40.18 juta secara tunai, mengukuhkan lagi kedudukannya dalam sektor tenaga boleh baharu serta kejuruteraan mekanikal dan elekrikal.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- DPS Resources Bhd (DPS), melalui anak syarikat milik penuhnya, DPS Energy Sdn Bhd (DPSE) dan Shantawood Sdn Bhd (SSB), memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan CEIG (M) Sdn Bhd (CEIG) untuk meneroka potensi kerjasama pusat data dan infrastruktur berkaitan di Melaka.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ahli ekonomi telah menyemak semula jangkaan pertumbuhan untuk ekonomi Malaysia pada tahun 2026 berikutan prestasi Keluaran Dalam Negera Kasar (KDNK) yang lebih kukuh daripada jangkaan pada suku kedua 2026.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh ringgit yang mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Konsistensi dasar dan asas ekonomi Malaysia yang kukuh terus menyokong keyakinan pelabur walaupun terdapat kebimbangan terhadap persekitaran politik domestik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
KULAI, 13 Ogos (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) meneruskan program jelajah seluruh negara menerusi acara Road to Growth (R2G) 2026 di wilayah selatan, bertujuan untuk menghubungkan perniagaan di Johor dengan peluang pengkomersialan teknologi, pelaburan dan pasaran.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- VentureTECH Sdn Bhd melabur sejumlah RM28 juta dalam tiga firma teknologi dengan pertumbuhan dan nilai tinggi yang diterajui Bumiputera bagi mempercepat inovasi dalam bidang automasi industri, penjagaan kesihatan serta keterangkuman digital.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 13 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 25 syarikat telah menyatakan minat untuk mendapatkan pembiayaan di bawah Dana Mitigasi Iklim Pulau Pinang (Dana CM), dengan lima daripadanya sedang menjalani proses penilaian.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- QuantumNexis Sdn Bhd menyediakan penilaian kesihatan mental kepada pengguna melalui MindCare by Ziloy, yang boleh diakses menerusi aplikasi tunggal dalam TNG Digital, dengan lebih 26 juta pengguna di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Keadaan pembiayaan untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara keseluruhannya kekal kondusif, dengan bank dan institusi kewangan pembangunan (DFI) terus menyediakan pembiayaan kepada perniagaan yang berdaya maju.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih mengukuh, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Menjamin daya maju kewangan projek dan menyesuaikan dengan pendekatan penilaian risiko konvensional merupakan antara cabaran yang dihadapi sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia.