BERITA TERKINI   Jadikan Kongres Nasional PKR medan muhasabah, nilai pencapaian - PM Anwar | PKR perlu terus berperanan sebagai gerakan massa, junjung integriti, keadilan sosial dan amanah rakyat - PM Anwar | Keadaan TPM Fadillah bertambah baik seperti dijangka pasukan petugas kesihatan - IJN | TPM Fadillah selamat jalani pembedahan pintasan jantung Rabu lepas - Pejabat TPM | Lonjakan KDNK mengatasi jangkaan pasaran, catat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014 - PM Anwar | 

Kerjaya Prospek Peroleh Tambahan 19.18 Peratus Kepentingan Dalam ES Sunlogy

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd telah memperoleh tambahan 19.18 peratus kepentingan dalam ES Sunlogy Bhd yang disenaraikan di Pasaran ACE pada harga RM40.18 juta secara tunai, mengukuhkan lagi kedudukannya dalam sektor tenaga boleh baharu serta kejuruteraan mekanikal dan elekrikal.

Kumpulan pembinaan itu, menerusi anak syarikat milik penuhnya Acumen Marketing Sdn Bhd telah membeli 147.7 juta saham pada harga purata 27.2 sen setiap satu, dibiayai sepenuhnya melalui dana yang dijana secara dalaman.

Berikutan pengambilalihan itu, jumlah kepentingan ekuitinya dalam ES Sunlogy telah melonjak kepada 28.27 peratus, terdiri daripada 217.70 juta saham, menjadikannya sebagai pemegang saham terbesar ES Sunlogy, menurut syarikat tersebut melalui satu kenyataan hari ini.

Ad Banner

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Tee Eng Tiong berkata peningkatan kepentingan itu mencerminkan keyakinan kumpulan terhadap potensi pertumbuhan ES Sunlogy, khususnya dalam kejuruteraan mekanikal dan elektrikal serta tenaga boleh baharu.

"Kerjasama rapat dengan ES Sunlogy akan membuka sinergi yang luar biasa. Kami percaya ini bukan sekadar mengembangkan jejak ke sektor baharu tetapi dengan gabungan kekuatan kami akan membuka lebih banyak peluang praktikal dan bernilai tinggi bagi kedua-dua perniagaan kami," katanya.

Pengambilalihan terbaru ini adalah susulan daripada pelaburan awal Kerjaya Prospek dalam ES Sunlogy pada Julai lepas, apabila ia melanggan 70 juta saham baharu pada harga RM18.76 juta, memberikannya 9.09 peratus kepentingan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA