BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Malaysia 0-0 Indonesia | 

Terdapat 344 berita berdasarkan kata kunci carian " persekutuan"

Ringgit Ditutup Hampir Tidak Berubah Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman KDNK Esok

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua esok, pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat selepas data inflasi AS seiring dengan jangkaan yang menyokong mata wang AS.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Tekanan Jualan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis apabila tekanan jualan di kaunter berkaitan minyak memberi kesan kepada indeks petunjuk pasaran selepas mencatatkan kenaikan pada sesi sebelumnya, kata seorang penganalisis.

25 Syarikat Berminat Dapatkan Pembiayaan Di Bawah Dana Mitigasi Iklim Pulau Pinang - Chow

GEORGE TOWN, 13 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 25 syarikat telah menyatakan minat untuk mendapatkan pembiayaan di bawah Dana Mitigasi Iklim Pulau Pinang (Dana CM), dengan lima daripadanya sedang menjalani proses penilaian.

Nilai Kerja Pembinaan Naik 8.8 Peratus Kepada RM47.8 Bilion Pada Suku Kedua 2026 – DOSM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Nilai kerja pembinaan yang disiapkan dalam sektor pembinaan meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM47.8 bilion pada suku kedua 2026, sekali gus mengekalkan momentum pertumbuhannya yang stabil selepas kenaikan 8.5 peratus pada suku pertama 2026.

Bursa Malaysia Susut Selepas Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis dan kemudiannya menyusut berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan semalam walaupun Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi dalam tempoh semalaman.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Daripada Dolar AS

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang utama tetapi menyusut berbanding dolar AS pada Khamis dalam keadaan penyederhanaan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang ditunggu-tunggu.

Ringgit Dibuka Bercampur-campur Berbanding Mata Wang Utama Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pada Selasa, manakala dolar AS mengukuh berikutan harga minyak mentah yang kekal tinggi susulan pembukaan semula Selat Hormuz.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi apabila jangkaan penurunan kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat telah meningkatkan permintaan terhadap logam berharga itu. 

Ringgit Kekal Ditutup Kukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) --  Ringgit kekal ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini apabila angka pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjejaskan prestasi dolar AS.

Ringgit Diunjur Stabil Menjelang Akhir Ogos – Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan ringgit akan stabil menjelang akhir Ogos susulan dolar AS menyusut semula selepas mengukuh sebelum ini berikutan Rizab Persekutuan AS (Fed) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Julainya.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, mengambil petunjuk daripada kenaikan di Wall Street pada Jumaat lepas.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan data jumlah pekerjaan dalam sektor bukan pertanian (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang lemah.