2bulan ago
SERDANG, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia menyasarkan pertumbuhan industri aeroangkasa antara 15 hingga 20 peratus tahun ini, didorong permintaan global yang terus meningkat terhadap pesawat serta pengembangan rantaian bekalan industri berkenaan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Lebih RM4 bilion daripada peruntukan RM5 bilion di bawah Kemudahan Bantuan Kestabilan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bank Negara Malaysia (BNM) (SME SRF) masih tersedia bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menguruskan aliran tunai serta mengurangkan gangguan operasi.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Sebanyak 11 pemaju di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) telah berdaftar sehingga Mei 2026, melibatkan lapan pengguna hijau yang terdiri daripada syarikat pusat data, industri teknologi tinggi dan sektor pembuatan.
2bulan ago
Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu berikutan harga minyak mentah menyusut dan prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Segmen aeroangkasa dan ekonomi altitud rendah (LAE) Malaysia berpotensi menjana perolehan sebanyak RM100 bilion menjelang 2035, dipacu oleh peluang baharu yang bernilai tinggi, menurut Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia (NAICO Malaysia).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Permintaan mendadak berkaitan kecerdasan buatan (AI) terbukti mendorong ledakan eksport teknologi, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi termasuk Malaysia, menurut S&P Global Ratings.
2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) hari ini menganjurkan MIDA-GreatAsic Value Chain Programme, yang menonjolkan kerjasama strategik antara GreatAsic Technology Sdn Bhd dan Xenith Technology (Malaysia) Sdn Bhd bagi memperkukuh keupayaan reka bentuk semikonduktor negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Malaysia harus meletakkan kedudukannya sebagai peserta aktif dalam sektor ekonomi altitud rendah (LAE) yang pesat membangun, ia berpotensi menjadi enjin pertumbuhan baharu, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun -- Pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia pada 2025 melonjak 41.2 peratus kepada RM65.9 bilion daripada RM46.7 bilion pada tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini dan dijangka dalam jajaran kecil menjelang pengumuman laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi AS pada Khamis.
2bulan ago
BANGI, 23 Jun (Bernama) -- Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Brahim’s Dewina Group, menyasarkan untuk meningkatkan jumlah outlet komersial kepada sekurang-kurangnya 15 premis tahun ini berbanding sembilan pada masa ini dalam usaha memacu pertumbuhan masa depan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengeluar produk bakeri, HSS Holdings Bhd merancang untuk memperkukuh kedudukannya di Asia Tenggara, memanfaatkan permintaan meningkat untuk produk halal selepas penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia.