Terdapat 80 berita berdasarkan kata kunci carian " bank muamalat malaysia"

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar As Susulan Penurunan DXY

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi dan Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh penurunan Indeks Dolar AS (DXY) ketika para pelabur menilai semula prospek kadar faedah AS susulan petunjuk bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS mungkin mengambil pendirian dasar monetari yang kurang agresif.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Disokong Sentimen Positif Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, disokong sentimen positif susulan pembentangan Belanjawan 2027.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain Disokong Sentimen Positif

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Okt  (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin, disokong oleh sentimen pasaran yang positif susulan pengumuman Belanjawan 2027 pada Jumaat minggu lepas, kata seorang penganalisis.

Keberkesanan Belanjawan 2027 Bergantung Kepada Penyaluran Bantuan Pantas, Koordinasi Kerajaan - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Keberkesanan pelaksanaan Belanjawan 2027 bergantung kepada cara kerajaan menyalurkan bantuan dengan pantas serta koordinasi antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengurangkan beban birokrasi terhadap sektor perniagaan. 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Komitmen Terhadap Disiplin Fiskal

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani and Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin, disokong oleh komitmen kerajaan terhadap disiplin fiskal susulan pembentangan Belanjawan 2027 Jumaat lepas.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Julat US$4,160 Hingga US$4,180 Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat US$4,160 hingga US$4,180 setiap auns troy minggu depan, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Prospek Fiskal Belanjawan 2027 Jadi Tumpuan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, dengan pasaran kekal berhati-hati apabila mereka terus menilai prospek fiskal menjelang pembentangan Belanjawan 2027.

Penyerapan Kos Kekalkan Inflasi Rendah Namun Tekanan Harga Mungkin Meningkat Pada 2027 -- Bank Muamalat

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) – Jurang inflasi antara pengeluar dan pengguna Malaysia menunjukkan perniagaan atau syarikat menanggung sebahagian daripada peningkatan kos meskipun pengguna berkemungkinan berdepan harga lebih tinggi jika keadaan itu berterusan, menurut Bank Muamalat Malaysia Bhd.

Risiko Luaran, Politik Antara Cabaran Ekonomi Malaysia Pada 2027 - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka berdepan risiko luaran pada 2027 terutama ketidaktentuan geopolitik, dasar perlindungan perdagangan Amerika Syarikat (AS) serta kadar faedah yang tinggi di negara-negara maju, kata pakar ekonomi.

Gaji Minimum RM1,900-RM2,000 Wajar Dilaksana Beransur-ansur, Ikut Sektor - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Penyelarasan gaji minimum baharu antara RM1,900 hingga RM2,000 wajar dipertimbangkan secara beransur-ansur selain mengambil kira perbezaan mengikut sektor serta negeri bagi mengurangkan tekanan terhadap perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), kata pakar ekonomi.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Menjelang Pembentangan Belanjawan 2027

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Khamis ketika pasaran menunggu pembentangan Belanjawan 2027 bagi mendapatkan petunjuk mengenai hala tuju defisit fiskal negara.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama, Rendah Daripada Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama namun rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan unit negara maju itu mengukuh secara meluas di tengah-tengah kebimbangan semula terhadap prospek fiskal Eropah, kata penganalisis.