BERITA TERKINI   Tabung Pos ditubuhkan dengan dana RM150 juta di bawah seliaan MCMC, beroperasi suku pertama 2027 – Fahmi | Agong kurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara kepada Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi  | Syed Saddiq, Bella Astillah sah bergelar suami isteri sekitar 10.40 pagi hari ini | Wakil Malaysia, Nur Syakura Mohamad Musa, dinobatkan juara kategori tilawah Al-Quran wanita pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-66 | Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi tiba di Istana Negara pada pukul 10.08 pagi, diberi sambutan negara. | 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Dalam Julat US$4,160 Hingga US$4,180 Minggu Depan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat US$4,160 hingga US$4,180 setiap auns troy minggu depan, kata seorang penganalisis.

Hal ini berikutan jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan mengekalkan kadar faedah pada paras semasa pada Oktober susulan data pekerjaan AS yang lemah,

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata senario itu mungkin memberi sedikit sokongan kepada harga logam berharga berkenaan.

“Namun, naratif ini masih tidak menentu kerana ekonomi AS kekal kukuh selain terdapat kebimbangan mengenai kedudukan fiskal ekonomi Eropah khususnya Perancis serta ketidaktentuan politik di Sepanyol.

“Keadaan ini secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap dolar AS. Oleh itu, saya berpendapat harga emas dijangka diniagakan dalam julat yang kecil,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagi perbandingan minggu ke minggu, kontrak Oktober 2026 susut kepada US$4,196.10 setiap auns troy daripada US$4,199.30, kontrak November 2026 turun kepada US$4,212.40 daripada US$4,216.10 manakala kontrak Disember 2026 merosot kepada US$4,228.90 daripada US$4,232.80.

Sementara itu, kontrak Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing turun kepada US$4,228.90 setiap auns troy daripada US$4,232.80 sebelumnya.

Jumlah dagangan mingguan berkurang kepada 547 lot daripada 815 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada 161 kontrak daripada 212 kontrak.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,124.55 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 9 Okt, 2026.

-- BERNAMA