BERITA TERKINI   PRN Melaka : BN muktamad rundingan dengan PAS, bertanding 21 kerusi, PAS dan rakan sekutu tujuh kerusi. | BN umum calon PRN Melaka Sabtu ini - TPM Ahmad Zahid | Sukan Para Asia 2026: Perenang Muhammad Nur Syaiful Zulkafli pertahan emas 100m kuak dada lelaki SB4, pecah rekod temasya | 

Terdapat 1438 berita berdasarkan kata kunci carian " "

Kerajaan Dicadang Perluas Asas Percukaian Perkukuh Hasil Biayai Pembangunan Negara

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) – Kerajaan dicadang memperluaskan asas percukaian serta sumber pendapatan strategik baharu bagi memperkukuh hasil dan menyediakan ruang lebih besar untuk membiayai pembangunan negara.

Keuntungan Bersih Westports Lonjak Kepada RM342.55 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd untuk suku ketiga berakhir 30 Sept 2026 melonjak 26 peratus kepada RM342.55 juta daripada RM271.1 juta pada suku yang sama tahun lalu, didorong oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi selepas hasil bertambah baik.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR,  21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia sedikit tinggi pada tengah hari ini dalam persekitaran dagangan yang berhati-hati.

NWE Resources Manfaat Tahun Melawat Malaysia 2026-2027 Bagi Perniagaan Kemudahan Hospitaliti

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- NWE Resources Group Bhd (NWE Resources) menjangkakan perniagaan kemudahan hospitalitinya akan menerima manfaat daripada pelanjutan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 sehingga 2027, disokong oleh jangkaan peningkatan tempahan hotel dan promosi pelancongan oleh kerajaan. 

Awantec Raih Kontrak ERP Bernilai RM8.68 Juta

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh AwanBiru Technology Bhd (Awantec), Awantec System Sdn Bhd memperoleh kontrak Perancangan Sumber Perusahaan (ERP) bernilai RM8.68 juta daripada TH Plantation Bhd.

CIMB Pertimbang Nyah Senarai CIMB Niaga Di Indonesia

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd mempergiat usaha untuk menyahsenaraikan anak syarikatnya di Indonesia, PT Bank CIMB Niaga Tbk, dan merancang mengadakan perbincangan dengan pihak pengawal selia berhubung langkah itu, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB).

Sektor Penternakan Ayam Malaysia Kekal Berdaya Tahan Disokong Permintaan Stabil - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Industri penternakan ayam Malaysia dijangka kekal berdaya tahan dalam jangka sederhana, disokong oleh permintaan yang stabil terhadap sumber protein pada harga berpatutan dan asas pengeluaran domestik yang kukuh, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Seramai 22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih Setakat Suku Ketiga 2026 - MITI

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Seramai 22,849 bakat dilatih bagi sektor semikonduktor setakat suku ketiga 2026, sebagai sebahagian daripada usaha mencapai sasaran 60,000 jurutera berkemahiran tinggi menjelang 2030 di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS).

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya rendah pada sesi awal hari ini menjejaki prestasi pasaran tunai.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Prestasi Positif Wall Street Semalam

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman.

ECRL Pacu Peralihan Kepada Rel, Kurangkan Sehingga 90 Lori Bagi Setiap Tren Kargo

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dapat mengurangkan sehingga 90 buah lori kontena di jalan raya bagi setiap perjalanan kereta api atau tren kargo, sekali gus menyokong peralihan Malaysia kepada mod pengangkutan barangan berasaskan rel.

Pemilikan Unit Hotel Kini Mula Jadi Pilihan Pelaburan Hartanah Alternatif

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kerancakan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur pada hari ini jelas kelihatan dengan pembukaan pelbagai kemudahan mewah baharu, kadar penghunian semakin meningkat, serta aliran modal yang berterusan ke dalam aset sektor hospitaliti, bidang yang sedikit masa dahulu mungkin dianggap sebagai satu segmen khusus dalam pasaran hartanah.