BERITA TERKINI   Glasgow 2026: Atlet angkat berat Irene Jane Henry raih pingat gangsa kategori 48 kg wanita | Malaysia sedia mengalu-alukan F1 kembali ke Sepang dengan pamer kemudahan bertaraf dunia, kecemerlangan operasi dan layanan mesra, di samping perkukuh hubungan dengan Bahrain - PM Anwar | 

Terdapat 20 berita berdasarkan kata kunci carian " april 2026"

Untung Bersih Marine & General Susut Kepada RM25 Juta Bagi TK2026

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Marine & General Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM25 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 30 April 2026 (TK2026) daripada RM44.79 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Ekonomi Malaysia Tunjuk Prospek Positif, Indeks Pelopor Naik 1.29 Peratus Pada April 2026 – DOSM

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Ekonomi Malaysia terus menunjukkan prospek yang optimistik dalam jangka masa terdekat, seperti yang ditunjukkan dalam prestasi Indeks Pelopor (IP), yang meningkat sebanyak 1.29 peratus kepada 115.0 mata pada April 2026, berbanding 113.5 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Aliran Trafik Antarabangsa KLIA Naik Dua Peratus Sejajar Kempen TMM 2026 -- MAHB

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Pertumbuhan aliran trafik antarabangsa yang berterusan hanya mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai gerbang serantau utama di bawah kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

TIV Industri Automotif Susut 15 Peratus Kepada 61,250 Unit Pada Mei - MAA

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan penurunan 15 peratus dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) kepada 61,250 unit pada Mei 2026 berbanding 72,113 unit pada April 2026.

Inflasi Malaysia Naik 2.0 Peratus Pada Mei 2026 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 2.0 peratus pada Mei 2026 dengan mata indeks mengalami kenaikan kepada 137.1 daripada 134.4 berbanding tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). 

Jumlah Perdagangan Malaysia Meningkat 29.8 Peratus Kepada RM327.6 Bilion Pada Mei 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia pada Mei 2026 meningkat 29.8 peratus kepada RM327.6 bilion berbanding RM252.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, didorong pertumbuhan kukuh eksport dan import, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Keuntungan Bersih Eco World Susut Kepada RM129.14 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Eco World Development Group Bhd untuk suku kedua berakhir 30 April 2026 menyusut sedikit kepada RM129.14 juta berbanding RM129.83 juta yang dicatatkan dalam tahun sebelumnya.

Tinjauan Dapati PMKS Kekal Berdaya Tahan Walaupun Indeks Sentimen Lebih Lemah -- SME Bank

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Tinjauan operasi dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) kekal berdaya tahan dalam tempoh enam hingga 12 bulan akan datang, walaupun bacaan Indeks Sentimen PKS (SSI) yang lebih lemah pada separuh pertama 2026 (S1 2026).